PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memilih untuk tunggu dan lihat berhubung isu Mohamadou Sumareh meskipun tonggak itu berstatus pemain tempatan.
Pemain kelahiran Gambia itu lesap di kem Pahang sejak Julai lalu atas dakwaan masalah gaji dan penghijrahan kontroversinya ke kelab liga Thailand, Police Tero, bagaimanapun sah selepas dia mendapatkan pelepasan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mendapati Sumareh bersalah dalam empat pertuduhan seperti yang dinyatakan sidang media Jawatankuasa Tatatertib PBNP pada Selasa, sekali gus digantung dua tahun.
BACA: Sumareh akhirnya buka mulut status dengan Pahang
BACA: FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Mengulas tindakan daripada pasukan Tok Gajah itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, dalam temu bual bersama wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.
""Perkara ini sedang disiasat di peringkat FIFA. Seperti yang FAM nyatakan sebelum ini bahawa kami sedang menunggu keputusan daripada FIFA.
"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan yang boleh bercanggah dengan badan induk dunia.
"Kes ini di antara dua pihak, Sumareh dan Pahang.
"FIFA tidak meminta sebarang dokumen daripada FAM dan kami pula tidak terlibat dalam kes ini," katanya di Wisma FAM semalam.
Sumareh pula menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Nadi Arena berbunyi: "Saya tidak faham kenapa PBNP menggantung pemain yang tidak lagi bersama mereka.
Perkara ini sangat mustahil."
Isu ini mirip kepada kes Dollah Salleh yang pernah mengalami nasib sama apabila Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ketika itu menggantung bekas pemain kebangsaan berkenaan selama tiga tahun pada 1988, namun dikurangkan kepada enam bulan.
Ketika itu, hukuman tersebut hanya diiktiraf di Johor sahaja, di mana Dollah tidak dibenarkan beraksi bersama negeri berkenaan dan juga tidak boleh beraksi ketika Selangor menentang Johor di Johor Bharu.
Astro Arena
Wed Oct 28 2020

Sumareh (tengah) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Bangkok bagi menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC, 29 Sept lalu. --fotoBERNAMA

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mohamadou Sumareh bantu JDT tewaskan Singapura
Nazmi Faiz jaring gol pada separuh masa pertama, dua lagi gol menerusi Mohamadou Sumareh dan pemain import baharu dari Colombia, Jorge Obregon pada baki 45 minit.

Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.

Mana 'hilangnya' Mohamadou Sumareh?
Kegagalan menstabilkan emosi dilihat sebagai faktor utama yang masih menghalang pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh, kembali mencapai tahap prestasi terbaik pada kejohanan Piala Raja Thailand

Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.

Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi-Sumareh perlu dipisahkan - Dollah
Jurulatih Pahang itu menegaskan Vietnam ketika ini adalah pasukan yang sudah diperam sejak 2014, tahun yang sama Malaysia menewaskan mereka 4-1 di tempat lawan.

Pemain Malaysia bebas gangguan psikologi bertemu UAE
Keyakinan itu disuarakan Cheng Hoe berdasarkan perbandingan barisan pemain negara yang kali ini tampak memiliki 'wow factor' untuk mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023.

Safawi dan Sumareh 'bergelut', apa cerita?
Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum 'bergelut' sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.

Sepakan penalti saat akhir bantu JDT raih tiga mata di Alor Setar
Sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali selepas pemain gantian pasukan pelawat Mohamadou Sumareh dijatuhkan.

Cheng Hoe tidak pening bahagian tengah Malaysia
Sumareh antara nama yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kem kebangsaan dari 22 hingga 30 Mac ini.