Kualiti yang dimiliki pengadil tempatan terus mendapat perhatian negara luar apabila dua pengadil Malaysia telah dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan dua aksi persahabatan, membabitkan pasukan Jepun dan skuad Bawah 22 (B-22) negara berkenaan, pada bulan hadapan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan memaklumkan, badan induk itu telah memilih Mohd Amirul Izwan Yaacob sebagai pengadil bagi Perlawanan Antarabangsa Tier Satu, antara Jepun dan Venezuela di Stadium Panasonic Suita, Osaka, pada 19 Nov.
Stuart turut menjelaskan Mohd Amirul Izwan juga dipilih sebagai pegawai keempat bagi aksi persahabatan antarabangsa Tier Dua membabitkan skuad Bawah 22 (B-22) dengan skuad B-22 Colombia, di Stadium EDION Hiroshima pada 17 Nov ini.
"Mohd Yusri Muhamad pula akan bertindak sebagai penolong pengadil bagi kedua-dua perlawanan berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada Kirin Challenge Cup 2019," jelas Stuart.
Beliau memaklumkan pemilihan pengadil berkenaan diputuskan selepas Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) menghantar jemputan kepada FAM untuk mengendalikan perlawanan membabitkan skuad Samurai Biru.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah memilih Mohd Amirul Izwan dan Mohd Yusri, masing-masing sebagai pengadil dan penolong pengadil satu bagi mengendalikan aksi Kumpulan B, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Kuwait dan Taiwan di Stadium Jaber al-Ahmad, Kuwait pada 14 Nov ini.
Dua lagi pegawai dari Malaysia iaitu, Mohamad Mu'azi Zainal Abidin dan Razlan Joffri Ali pula dipilih FIFA, masing-masing sebagai penolong pengadil dua dan pegawai keempat untuk perlawanan di Kuwait.
Empat lagi pengadil dari Malaysia, terdiri daripada Muhammad Nazmi Nasaruddin (pengadil), Mohamad Zairul Khalil Tan (penolong pengadil satu), Mohd Arif Shamil Abd Rasid (penolong pengadil dua,) dan Suhaizi Shukri (pegawai keempat) dilantik FIFA, untuk mengendalikan aksi Kumpulan F Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Myanmar dan Mongolia di Stadium Mandalar Thiri, Mandalay, Myanmar pada 19 Nov ini.
"FAM berharap pegawai-pegawai yang terpilih ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan terus konsisten, dalam tugasan yang diberikan itu, sekali gus ilmu dan manfaat daripadanya dapat digunakan untuk membantu pembangunan pengadil-pengadil di Malaysia," jelas Stuart.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019

STUART: Badan induk itu telah memilih Mohd Amirul Izwan Yaacob sebagai pengadil perlawanan antarabangsa.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.