KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengharapkan satu prosedur operasi standard (SOP) khas kepada pasukan kebangsaan yang akan menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual bermula Mac tahun hadapan.
Badan induk bola sepak negara itu meminta agar SOP kuarantin selama 14 hari dikaji semula menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan aksi Kumpulan G melibatkan Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
Dalam kenyataan pada Rabu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata permintaan itu disebabkan pasukan kebangsaan hanya memiliki tempoh lima hari di antara aksi menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum menjadi tuan rumah berdepan Vietnam pada 30 Mac.
Dalam saingan kelayakan itu, Malaysia berada dalam kedudukan selesa di tempat kedua, dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.
Terdahulu satu pertemuan di antara Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan kepimpinan tertinggi FAM serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berlangsung di ibu pejabat MFL semalam bagi membincangkan perancangan MFL dalam menghadapi musim 2021.
Antara yang dibincangkan adalah mengenai kesan penajaan terhadap Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang tempoh pandemik COVID-19 selain membincangkan kemasukan penonton ke stadium secara berskala jika kes COVID-19 menurun pada masa akan datang.
"Terima kasih kepada KBS atas sokongan kepada bola sepak tempatan sepanjang Liga Malaysia berlangsung pada musim 2020," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Hamidin berkata, pasukan kebangsaan hanya memiliki tempoh lima hari di antara aksi menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum menjadi tuan rumah berdepan Vietnam pada 30 Mac. - Gambar fail

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Proses dapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda di peringkat akhir- Rob Friend
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dalam fasa akhir bagi mendapatkan pemain warisan dari Belanda.

KAFA didesak adakan pemilihan semula ahli jawatankuasa
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didesak mengadakan pemilihan semula ahli jawatankuasa susulan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.

Sukan tradisional, sukan rakyat dipertimbang dalam Karnival Liga Sukan UNITI tahun depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan mempertimbangkan untuk memasukkan acara sukan tradisional dan sukan rakyat ke dalam Karnival Liga Sukan UNITI bagi edisi tahun depan.

'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.

FAM tak puas hati kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil
FAM mengakui tidak berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan bagi aksi Pestabola Merdeka.

FAM rayu Ultras Malaya tidak boikot Pestabola Merdeka
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.

Hang-seo sesuai ganti Pan-gon
Park Hang-seo dilihat sebagai calon tepat yang memiliki aura selain telah membuktikan kemampuan membawa bekas pasukannya ke tahap yang lebih baik.

SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.

FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.