PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran beberapa kejohanan bola sepak antarabangsa di Malaysia, kekal menggunakan langkah berjaga-jaga walaupun banyak kelonggaran diberikan apabila negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata pihaknya mengekalkan kaedah 'gelembung bola sepak' sedia ada yang digunakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Beliau berkata satu kelonggaran yang membawa kelegaan ialah ketiadaan kuarantin wajib kepada pasukan yang tiba dari luar negara, namun mereka tetap perlu lulus ujian COVID-19 yang ditetapkan sejurus tiba di negara ini.
"Sekiranya mereka didapati positif dalam ujian RT-PCR (ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata) atau RTK-Ag (ujian pantas antigen), mereka akan dikuarantin di hotel penginapan dengan tempohnya bukan lima atau tujuh hari, tetapi mungkin dalam masa 24 jam kita buat ujian lagi dan jika negatif mereka dibenarkan untuk berada bersama pasukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif di Wisma FAM hari ini.
Ditanya mengenai kapasiti kehadiran dan SOP bagi penonton, Mohd Saifuddin berkata FAM masih menunggu SOP terperinci bagi industri sukan daripada kerajaan.
"Selepas dua tahun tiada perlawanan peringkat antarabangsa di Malaysia, kita memang mengharapkan agar mendapat kehadiran seratus peratus penonton. Bagaimanapun, kita belum mendapat SOP terperinci, sebagai contoh majlis perkahwinan dalam dewan dibenarkan seratus peratus dan boleh merapatkan saf solat.
"Namun, kita telah menghantar rayuan melalui KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk mendapatkan kapasiti penuh untuk stadium," katanya.
Selepas lebih dua tahun 'menyepi', Malaysia bakal menganjurkan tiga pertandingan bola sepak peringkat Asia bermula dengan saingan peringkat Kumpulan I Liga Juara-juara Asia (ACL) dan Kumpulan H Piala AFC 2022, serta Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.
Timbalan Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi pula berkata saingan ACL melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Guangzhou FC dari China, Kawasaki Frontale (Jepun) dan Ulsan Hyundai FC (Korea Selatan) pada 13-30 April ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pula akan menjadi tuan rumah bagi saingan Piala AFC melibatkan Kuala Lumpur City FC, Tampines Rovers (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia) bermula 24-30 Jun.
"Bagi Kelayakan Piala Asia melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue utama sementara Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur akan bertindak selaku venue alternatif kerana melibatkan banyak perlawanan," katanya.
Dalam perkembangan lain, FAM juga memutuskan untuk kitaran kedua pelan strategik F:30 yang akan dilancarkan pada Jun ini, melibatkan perancangan untuk membangun dan menyusun semula pelan itu bagi penambahbaikan dan memuktamadkan objektif strategik, dengan fokus pada keutamaan dan kebolehlaksanaan.
Liga Wanita Nasional (LWN) yang pada asalnya dijadualkan pada Mac, terpaksa ditangguh ke Mei berikutan penyertaan pasukan yang tidak seimbang, dengan FAM kini membuka peluang kepada semua pasukan berbanding pasukan negeri dan kelab sebelum ini.
FAM juga bersetuju menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2022 di Filipina pada 1-14 Julai, selain Kejohanan Bawah-18 dan Bawah-15 Wanita AFF, manakala Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita Negara bakal diadakan pada 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata pihaknya mengekalkan kaedah 'gelembung bola sepak' sedia ada yang digunakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). - Gambar fail/BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.