Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) dan pengadil perlawanan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.
Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam berkata beliau bersama Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengambil tindakan segera yang sewajarnya berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-23 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) B-23 di Stadium Shah Alam, semalam.
"Kita akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Stuart, selepas mengadakan perbincangan bersama pihak UAE FA, FAM telah menerima surat rasmi daripada mereka yang meminta maaf atas insiden pergaduhan itu.
"Mereka (UAE FA) mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi mengambil tindakan kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat," katanya.
Terdahulu, insiden pergaduhan pemain mencemari kemenangan 2-0 skuad B-23 negara ke atas pasukan dari Asia Barat itu pada aksi persahabatan terakhir di Stadium Shah Alam malam tadi sebelum memulakan aksi Kumpulan E di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada 15 Ogos ini.
Pada perlawanan semalam, pergaduhan tercetus pada lewat babak kedua selepas Mohammed Khalfan Al-Harazi mengasari pemain negara sebelum ada tindak balas daripada pemain kedua-dua pasukan.
Insiden bertukar menjadi serius sehingga melarat ke luar padang dan merebak kepada semua pemain termasuk pemain dan pegawai di bangku simpanan.
Pada aksi persahabatan terakhir sebelum skuad B-23 negara ke Indonesia Isnin ini, anak buah Datuk Ong Kim Swee memastikan kemenangan hasil dua jaringan Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Mohammad Akhyar Abdul Rashid (m-64).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
Stuart Ramalingam berkata beliau bersama Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengambil tindakan segera yang sewajarnya berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung perlawanan antara Malaysia B-23 bertemu UAE. - Gambar fail
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.