PETALING JAYA: Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menikmati harga tiket istimewa RM100 bagi menyaksikan kesemua enam perlawanan pusingan akhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun ini.
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Posa Majais bagaimanapun berkata harga tiket kombo yang menyediakan penjimatan sehingga 20 peratus itu, diperkenalkan untuk tempoh terhad menerusi pembelian awal bermula 16 hingga 29 Mei ini, secara dalam talian.
Menerusi harga tersebut, para penyokong berpeluang menonton perlawanan pasukan Bahrain menentang Bangladesh, Turkmenistan-Malaysia pada 8 Jun; diikuti Bangladesh-Turkemenistan, Malaysia-Bahrain pada 11 Jun; dan Bahrain-Turkmenistan, Malaysia-Bangladesh pada 14 Jun; bagi tiket kategori tempat duduk terbuka.
"Pengenalan tiket kombo RM100 itu, dibuat bagi memudahkan para penyokong Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga hari perlawanan tersebut, tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan selain dapat menikmati diskaun harga.
"Bagaimanapun, tawaran itu hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh selama dua minggu sahaja, menerusi www.tickethotline.com.my," katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini pada Isnin..
Posa berkata selepas berakhir tempoh itu penjualan tetap diteruskan sehingga hari perlawanan dengan tiket dijual secara berasingan iaitu berharga RM40 dewasa sementara RM7 kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) bagi setiap hari perlawanan.
FAM turut memperuntukkan penjualan sebahagian tiket untuk kategori tempat duduk Grandstand yang berharga RM60 untuk satu hari perlawanan.
Beliau turut mengumumkan harga tiket bagi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 membabitkan Malaysia bertemu Myanmar pada 27 Mei dan Malaysia bertemu Hong Kong pada 1 Jun di mana kedua-dua perlawanan tersebut sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi tiga aksi kelayakan Kumpulan E nanti.
"Harga tiket yang telah ditetapkan ialah pada satu harga saja iaitu RM30 dewasa dan RM7 kanak-kanak bagi setiap perlawanan, tidak termasuk tambahan caj pemprosesan dan caj bank serta tiada tiket kategori Grandstand bagi kedua-dua perlawanan ini.
"Penjualan tiket perlawanan menentang Myanmar dan Hong Kong ini turut akan dibuka mulai 16 Mei dan sama juga syaratnya, maksimum lima tiket bagi setiap pembelian," katanya.
Tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium membabitkan perlawanan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E serta dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menikmati harga tiket istimewa RM100 bagi menyaksikan kesemua enam perlawanan pusingan akhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun ini. - FAM
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.