Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menguatkuasa Artikel 88 Statut FAM menyebabkan mereka kehilangan ramai pemimpin berkaliber dan akhirnya merugikan sukan bola sepak negara, kata pengkritik sukan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata sekiranya FAM meneruskan tindakan menghukum ahli gabunganya dengan menggunakan Artikel 88 Statut FAM, lama-kelamaan kelangsungan perkembangan bola sepak negara akan terbantut.
"Mereka (FAM) sepatutnya lebih risau dengan prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang semakin merudum dan bukannya sibuk mencari kesalahan orang lain," katanya hari ini.
Khoo berkata FAM harus segera hentikan 'ketagihan' menghukum orang lain sebaliknya kembali menumpukan perhatian kepada misi asalnya sebagai badan induk yang memayungi sukan bola sepak di negara ini.
Beliau berkata sekiranya perkara itu berterusan ianya dikhuatiri akan membunuh minat orang ramai untuk terus menyokong skuad Harimau Malaya.
"Saya cadangkan agar FAM tentukan tempoh masa contohnya tiga atau empat tahun untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak dengan cara memperbaiki kelemahan yang ada pada skuad kebangsaan," katanya.
Khoo berkata beliau hanya sekadar melontarkan buah fikiran demi kebaikan bersama, terpulang kepada pihak FAM untuk menentukan kaedah terbaik bagi mengatasi kekurangan yang ada.
"Saya sedar bahawa FAM tidak suka 'orang luar' campur tangan dalam urusan mereka namun 'orang luar' tidak akan berhenti mengkritik FAM selagi prestasi bola sepak negara masih berada di takuk lama," katanya.
Beliau berkata skuad Harimau Malaya adalah milik rakyat Malaysia dan mereka berhak mengkritik pengurusan yang mengendalikan pasukan kebanggaan mereka itu.
Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu.
Rabu lepas, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas merasakan cukup sukar terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM, lalu memilih mahu bertindak sebagai penaung PBNJ.
Pada perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Terengganu, 30 Mac lepas, Tunku Ismail, yang digantung enam bulan kerana mengkritik pengadil dalam saingan Liga Malaysia, telah dilihat berada di bangku simpanan pemain pada separuh masa kedua perlawanan.
Mengikut peraturan Jawatankuasa Tata Tertib FAM, semasa tempoh pengantungan itu Tunku Ismail dilarang daripada melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti berkaitan dengan bola sepak.
Untuk rekod, terdahulu sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut menjadi mangsa Artikel 88 Statut FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.
Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.
Bernama
Fri Apr 05 2013

Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

FAM perlu henti cari kesilapan orang lain - Khoo
Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menguatkuasa Artikel 88 Statut FAM menyebabkan mereka kehilangan ramai pemimpin berkaliber dan akhirnya merugikan sukan bola sepak negara.

Adakah Artikel 88 masih relevan?
Tumpuan utama laporan sukan minggu ini, sudah pasti terarah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM yang terus menegakkan hukuman kepada mereka yang melanggar Artikel 88 Statut FAM.