TIGA daripada empat pemain skuad kebangsaan yang positif COVID-19 dalam saingan Piala Suzuki AFF di Singapura ketika ini disahkan sudah kembali ke pangkuan pasukan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Khairulazhan Khalid (penjaga gol), Faisal Halim (sayap) dan Quentin Cheng (bek kanan) telah mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura pada Ahad.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, berkata dalam kenyataan itu: "Ketiga- tiga pemain ini telah memulakan aktiviti bersama pasukan dengan aktiviti pertama ialah di gimnasium memandangkan hari ini merupakan hari recovery selepas kami beraksi menentang Vietnam, malam tadi.
"Mereka selepas ini akan dapat kembali menyertai sesi latihan penuh di padang bagi persiapan menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia pada Ahad ini.
"Bagaimanapun, seorang lagi pemain yang diuji positif COVID-19 sebelum ini, iaitu Akhyar Rashid, masih perlu melengkapkan tempoh 10 hari Perintah Pengasingan dan hanya akan kembali menyertai pasukan selepas tamat tempoh berkenaan," katanya.
Berhubung status kecederaan dua pertahanan tengah, iaitu kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak, dan Shahrul Saad, pengendali Harimau Malaya itu berkata kedua-dua pemain berkenaan mengalami kecederaan hamstring sehingga terpaksa dikeluarkan ketika aksi bertemu Vietnam pada Ahad malam.
"Doktor dan ahli fisioterapi pasukan akan terus memantau tahap kecederaan kedua-dua pemain ini dari semasa ke semasa sebelum kami membuat penilaian sama ada mereka sempat atau tidak untuk pulih menjelang perlawanan menentang Indonesia.
"Bagi posisi pertahanan tengah, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen.
"Namun, kita juga bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada Khamis ini untuk mengisi posisi pertahanan tengah andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlawanan Ahad nanti," katanya lagi.
Astro Arena
Mon Dec 13 2021

Cheng Hoe berkata, ketiga-tiga mereka akan dapat kembali menyertai sesi latihan penuh di padang bagi persiapan menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia pada Ahad ini. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

PRU15: Pengundi positif COVID-19 tak dibenar guna Grab, pengangkutan awam - KKM
Pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk Grab pada hari pengundian 19 November ini.

Menteri Kesihatan Indonesia positif COVID-19
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin disahkan positif COVID-19 dan akan menjalankan tugasnya secara isolasi hingga simptom yang dialami sembuh.

Empat ahli kontinjen Malaysia positif COVID-19 di Solo
Empat ahli kontinjen Malaysia terpaksa melupakan impian untuk beraksi di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 kerana positif COVID-19.

"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Menurut Wany ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19
Dr Anthony Fauci, wajah di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya kecundang selepas disahkan positif COVID-19.

Individu positif COVID-19 boleh dilepaskan dari HSO seawal hari keempat kuarantin - Khairy
Khairy berkata, sekiranya masih positif, maka individu tersebut perlu terus melengkapkan tempoh pengasingan sehingga tujuh hari.

Jungkook BTS disah pulih COVID-19, akan beraksi di pentas Grammy
Big Hit Music mengumumkan Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19, lapor Soompi.