Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata FAM juga akan mengadakan beberapa perbincangan lanjut berhubung perkara tersebut.
"Buat masa ini perkara ini sedang dilihat secara terperinci dalam semua aspek dan mungkin beberapa siri perbincangan akan berlaku... kita tunggulah saat itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kitar Semula (3R), Pengasingan Sisa di Punca dan Pengurusan Sisa Industri di Medan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pengkalan Chepa di sini, yang turut dihadiri Pengarah MARA Kelantan Ismail Abdullah hari ini.
Pada 18 Julai lepas, Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.
Katanya pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Afandi berkata laporan lengkap berhubung pertemuan antara Bendahari FAM Datuk Seri Norza Zakaria dan Tunku Ismail semalam akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Saya tak boleh komen kerana saya pun hanya baca dalam akhbar perjumpaan antara Norza dan Tunku Ismail.
"Tapi sudah pasti dalam masa terdekat kita akan dapat baca laporan mengenai perjumpaan tersebut," katanya.
BACA: TMJ bakal berjumpa pegawai FAM secara tertutup
BACA: FAM sedia jumpa Tunku Ismail berkaitan isu 'pendrive'
Bernama
Thu Jul 28 2016

AFANDI: Laporan lengkap berhubung pertemuan antara Bendahari FAM Datuk Seri Norza Zakaria dan Tunku Ismail semalam akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.

Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.

KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.

Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.

Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.

'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.

Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses