KUALA LUMPUR: Farah Ann Abdul Hadi yang mengumumkan persaraannya daripada sukan gimnastik artistik pada Sabtu lepas, bercadang untuk memperkenalkan Piala Farah Ann bagi membolehkan gimnas muda tempatan mempamerkan bakat mereka.
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya bertujuan mencungkil bakat tempatan baharu dan membantu memupuk mereka menjadi Olimpian masa depan.
"Saya tahu gimnastik semakin dikenali dan berharap bertemu dengan kanak-kanak serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan.
"Mudah-mudahan, saya dapat menganjurkan kejohanan seperti Biles Invitational di Amerika Syarikat, yang dimiliki oleh juara Olimpik Rio 2016 Simone Biles. Insya-Allah, Piala Farah Ann akan sampai ke peringkat antarabangsa, siapa tahu," katanya pada sidang media hari ini.
Menurut Farah Ann, beliau meminta bantuan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tentang cara mengendalikan pertandingan dan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perkara berkaitan kerjasama dan penajaan.
Selain pertandingan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga bercadang mengadakan kem gimnastik pada akhir tahun ini, yang mana beliau berharap dapat mencurahkan ilmu dalam sukan itu kepada generasi muda.
Bagaimanapun, Farah Ann mengakui belum terlintas untuk terlibat dalam bidang kejurulatihan kerana beliau lebih berminat untuk menjadi juri gimnastik artistik antarabangsa.
"Untuk menjadi jurulatih, pertama perlu melakukannya secara sepenuh masa dan kedua perlu jadi 'ibu bapa' kepada atlet. Saya rasa belum mampu untuk melakukannya buat masa ini," kata atlet berusia 27 tahun yang sedang mengikuti kursus penjurian gimnastik.
Sementara itu, Farah Ann berkata beliau gembira kerana mencapai hampir segala-galanya dalam kerjayanya sebagai gimnas negara, dengan kemuncaknya bertanding di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.
"Saya pastinya akan merindui latihan kerana saya melakukannya hampir setiap hari. Tapi, sudah pasti saya teruja untuk melihat apa yang ada untuk saya pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
![Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647271458_TBFARAHANN.jpg)
Farah Ann (tengah) bersama bapa, Abdul Hadi Ahmad (kiri) dan ibu, Kimberley Ann Gagnon (kanan) ketika sidang media khas mengenai persaraan beliau hari ini. - Bernama
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
![Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647271458_TBFARAHANN.jpg)
Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya.
![Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633771125_FarahAnn.jpg)
Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.
![Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627225773_FarahAnngymnastic.jpg)
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
![Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633771125_FarahAnn.jpg)
Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membuka akademi sendiri apabila bersara daripada dunia sukan itu satu hari nanti.
![Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626779938_atlet.jpg)
Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara
Walaupun, temasya sukan ini dilaksanakan lewat dari tarikh asalnya namun semangat juang atlet yang terlibat tidak pernah pudar demi meraih pingat buat Malaysia.
![Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626679713_AtletTokyoOlimpi.jpg)
Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo
Meskipun dianjurkan sedikit lewat akibat COVID-19, kemeriahan temasya sukan terbesar di dunia itu tetap menjadi sebutan peminat sukan seantero dunia.
![Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620205212_FarahAnn.jpg)
Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, beliau amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu.
![Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579192440_farah.jpg)
Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.
![Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570334267_farahann.jpg)
Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Gimnas berumur 25 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu 'All Around' dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia.
![Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi' Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551358822_PANTENE.jpg)
Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.