PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah melancarkan Liga Super Wanita (WSL) dengan harapan membangunkan dan melatih lebih ramai pemain dan pegawai bola sepak wanita di negara ini.
Setiausaha Agung FAS Izrin Nabil Ismail berkata sebanyak 10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri, bermula 29 Nov ini hingga 19 Jan tahun depan, di Radia Arena, Bukit Jelutong.
Katanya, FAS turut menyasarkan peningkatan berganda kepada 20 pasukan yang akan bertanding dalam dua peringkat menjelang 2023.
"Untuk tahun ini sahaja, pelbagai pihak menunjukkan minat yang besar terhadap liga itu, termasuklah agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi, namun mereka tidak dapat bersiap sedia kerana kesuntukan masa, ditambah pula dengan cabaran pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita selepas pelancaran dan pengundian WSL di sini, pada Sabtu.
"Saya berpendapat komponen paling penting untuk bola sepak ialah liga. Apabila kita ada liga, semua akan berjalan lancar. Harapnya dengan usaha kami, lebih ramai wanita dan kanak-kanak perempuan akan menyedari bahawa mereka mempunyai platform untuk bermain dan menggunakan peluang ini untuk pergi lebih jauh.
"Mungkin ramai pemain berbakat yang belum dikenali akan dapat dilihat dan diintai. Kita juga berharap untuk mencungkil lebih ramai wanita dalam ekosistem bola sepak seperti pengadil, pegawai dan pentadbir," katanya.
Menurut Izrin pemain musim ini secara purata berusia 24 tahun dan yang paling muda berusia 13 tahun, manakala paling senior berusia 34 tahun, sekali gus menyaksikan keseimbangan antara pemain muda dengan pemain berpengalaman, termasuk para pelajar sekolah sukan.
Terdahulu, Presiden FAS dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan WSL.
Sebelum ini, satu-satunya kejohanan bola sepak wanita di negara ini yang dibatalkan dua tahun berturut-turut ekoran pandemik COVID-19 ialah Piala Tun Sharifah Rodziah anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Undian pasukan bagi WSL adalah seperti berikut:
Kumpulan A: FC SWAT, UiTM FC, FIRST 11 FC, THE FOOTSOULS, RADIA LADIES FC
Kumpulan B: LEOPARD FC, MBSJ FC, SA UNITED FC, RHYM ROVERS, NSWFC
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

FAS turut menyasarkan peningkatan berganda kepada 20 pasukan yang akan bertanding dalam dua peringkat menjelang 2023. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

FAS berhasrat majukan bola sepak wanita menerusi WSL
10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri mulai 29 Nov.

FAS pecat B. Sathianathan
Persatuan Bola Sepak Selangor hari ini menamatkan kontrak B. Sathianathan, selaku ketua jurulatih.

Proses penswastaan FAS dijangka selesai pertengahan September
Dari segi persetujuan dan perancangan, pihak Red Giants FC Sdn Bhd sudah ada persefahaman dengan FAS.

Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.

Tengku Amir Shah Presiden baharu FAS
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini hari ini.

Nasib Selangor beraksi di Stadium Shah Alam diketahui Julai ini
Beliau sangat optimis impian penyokong pasukan bola sepak Selangor itu akan menjadi kenyataan selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan bakal Presiden FAS Raja Muda Selangor dan wakil baginda.

Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati oleh rakyatnya.

Dilema Zainal digantung tak bertali oleh FAS
Zainal ketika ditemui dalam sidang media melahirkan rasa kecewa terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dianggap tidak profesional.

FAS harap Azmin, Amirudin tidak lari daripada tanggungjawab, langsai hutang
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan.

FAS enggan melatah isu Presiden FAS
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai kenyataan Datuk Seri Azmin Ali berhubung tidak mahu lagi bersama FAS.