PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) dijangka mendapat kelulusan daripada Usahasama Terhad Liabiliti Bolasepak Malaysia (FMLLP) berhubung penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang utama Selangor selepas pemeriksaan Jumaat lalu.
Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad, menjelaskan lawatan FMLLP ke stadium itu menampakkan keputusan yang positif.
Tiada masalah daripada pencahayaan lampu dan kualiti padang, Rauf optimis Selangor bakal beraksi di Stadium Nasional sepanjang musim 2018.
Rauf menjangkakan FMLLP akan memaklumkan keputusan kepada FAS dalam tempoh kurang dua minggu ini.
"FMLLP telah meneliti pencahayaan lampu, keadaan padang serta fasiliti stadium. Kami menyifatkan stadium ini tidak menghadapi masalah mengenai perkara ini," kata Rauf.
"Kami menantikan surat rasmi daripada FMLLP dalam masa terdekat mengenai Stadium Nasional dijadikan sebagai venue buat Selangor," katanya.
Rauf turut berharap seluruh penyokong Selangor menyambut baik keputusan FAS itu.
Jelasnya, tahap infrastruktur yang berkelas dunia menjadi kriteria mengapa FAS memilih stadium tersebut.
"Ini merupakan satu platfom terbaik buat Selangor beraksi di Stadium Nasional. Ia adalah venue yang paling sesuai buat pasukan," ujarnya.
Astro Arena
Mon Jan 01 2018
FAS menantikan surat rasmi daripada FMLLP dalam masa terdekat mengenai Stadium Nasional dijadikan sebagai venue buat Selangor. - Gambar hiasan
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
FAS hanya tunggu surat rasmi daripada FMLLP
Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad, menjelaskan lawatan FMLLP ke stadium itu menampakkan keputusan yang positif.