Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini menamatkan kontrak B. Sathianathan, selaku ketua jurulatih selepas skuad Gergasi Merah itu hanya meraih satu kemenangan sejak saingan Liga Super kembali bersambung, Ogos lepas.
Penamatan kontrak pengendali berusia 62 tahun itu berlaku kurang daripada 48 jam, selepas Selangor tewas 1-6 kepada pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lepas.
Perkembangan itu disahkan Sathianathan selepas satu pertemuan pagi tadi, bersama kepimpinan tertinggi FAS antaranya, Presidennya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
"Saya dipecat. Saya jangkakan perkara ini dan sudah nampak tanda-tandanya sebelum ini. Apabila anda dipecat, anda perlu terima," katanya kepada Bernama, hari ini.
Selangor mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan, dalam empat aksi Liga Super yang bermula hujung Ogos lepas, setelah saingan tertangguh hampir lima bulan susulan penularan pandemik COVID-19.
Keputusan itu menyaksikan juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu, hanya empat mata dipisahkan daripada zon penyingkiran di kedudukan ketujuh liga dengan 10 mata.
Beliau yang memiliki kontrak sehingga akhir musim ini mengakui, sedikit terkilan apabila tidak dapat menyempurnakan tugasannya sehingga saingan berakhir.
"Musim belum berakhir, kita masih ada Piala Malaysia selepas ini, apa-apa boleh berlaku. Saya percaya dengan baki tiga perlawanan Liga Super mudah buat Selangor untuk menang kesemuanya, dan tamatkan saingan liga di kedudukan kedua atau ketiga.
"Saya harap Selangor mencapai matlamat itu bersama jurulatih baharu. Saya tahu barisan pemain sedia ada cukup baik untuk Selangor," katanya.
Sathianathan yang merupakan bekas jurulatih skuad kebangsaan, mengharungi dua musim bersama Selangor selepas dilantik sebagai pengendali skuad Gergasi Merah, pada November 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
![FAS pecat B. Sathianathan FAS pecat B. Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81600674856_BSathianathan.jpg)
Penamatan kontrak Satnianathan berlaku kurang daripada 48 jam, selepas Selangor tewas 1-6 kepada pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lepas. - Gambar fail
Dua lelaki rusuh bersenjata depan pusat hiburan didakwa
Agilan Gunasegaran, 26, dan Anbu Selvan Ganesan, 19 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil tindakan dalam rusuhan tersebut.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Tumpuan Selasa – 11 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739202940_TBAnwarIbrahim.jpg)
Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.
![Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739194644_ElonMuskCFPB.jpg)
Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan
Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna AS (CFPB) di Washington akan ditutup dari Isnin hingga Jumaat.
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![Ong Kim Swee presiden baharu PJBM Ong Kim Swee presiden baharu PJBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700902240_OngKimSwee.jpg)
Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan.
![Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700878035_TBSafeeSali.jpg)
Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena.
![Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689748100_IstanaNegara.jpg)
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
![Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689674217_TBBELASUNGKAWASATHIA.jpg)
Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal
Mendiang Sathianathan sentiasa tampil membela nasib jurulatih tempatan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.
![Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689664405_janinbayi.jpg)
Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan
Seorang pekerja pembersih kumbahan terkejut melihat objek yang disangka anak patung rupanya janin bayi di loji kumbahan sebuah kawasan perumahan di Inanam.
![Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689674217_TBBELASUNGKAWASATHIA.jpg)
Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.
!['Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023' 'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682990279_BSathianathan.jpg)
'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'
Skuad B-22 negara bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.
!['Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA' 'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640439162_TBSATHIA.jpg)
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
![Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641316048_Sathianathan.jpg)
Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.
![Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640439162_TBSATHIA.jpg)
Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.