Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tetap menyokong Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk itu, 23 Mac ini.
Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal berkata Tunku Ismail adalah calon terbaik yang mempunyai idea kreatif serta berkebolehan.
"FAS memberi sokongan 100 peratus untuk TMJ. Tunku Ismail adalah individu yang tepat kerana masih muda serta berani dalam memperjuangkan bola sepak yang terbukti dengan kecemerlangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya.
Beliau yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) ditemui pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan bersama setiausaha persatuan hoki negeri di Wisma OCM di sini.
Subahan berkata sokongannya yang memihak kepada Tunku Ismail bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya beliau yakin pemilik JDT itu mampu mengubah landskap bola sepak negara.
Namun pada masa sama, beliau tidak memperkecilkan kelebihan seorang lagi calon kerusi panas FAM itu, Tan Sri Annuar Musa.
"Masing-masing ada kehebatan tersendiri, kita tidak boleh perkecilkan kehebatan mereka.
"Tan Sri (Annuar) telah menaikkan bola sepak Kelantan manakala TMJ dalam sekelip mata telah mengubah landskap bola sepak Johor," katanya.
Sementara itu, Subahan yang tercalon untuk posisi Timbalan Presiden FAM turut berjanji tidak akan menerima sebarang elaun, sebaliknya akan berusaha mencari dana untuk sukan bola sepak negara sekiranya terpilih.
Menurutnya, mereka yang terpilih nanti perlu berani bersuara untuk kepentingan serta kebajikan persatuan bola sepak negeri.
"Saya tidak akan jadi 'yes man' dan akan pastikan kebajikan persatuan negeri diperjuangkan...semua pihak perlu tahu tanpa anggota gabungan, tiadalah FAM.
"Sebelum ini, FAM hanya menunggu presiden bekerja, perkara ini perlu berubah, timbalan presiden, naib presiden juga perlu bekerja...perlu cari dana," katanya.
Subahan akan berdepan saingan daripada penyandang, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Yusof Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA). -- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017

Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal (tengah) berkata Tunku Ismail adalah calon terbaik yang mempunyai idea kreatif serta berkebolehan. -Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.