BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menerima suntikan semangat apabila mendapat penajaan daripada jenama pakaian dari Jepun.  

Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh itu selepas perseorangan negara, Lee Zii Jia, turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan. 

Sze Fei-Nur Izzuddin kelihatan segak memakai pakaian kasual daripada jenama antarabangsa itu.