PEMAIN tengah Portugal, Bruno Fernandes dinamakan sebagai kapten baharu Manchester United, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Pemain berusia 28 tahun itu akan menggantikan pertahanan Harry Maguire, yang dilucutkan jawatan kapten pasukan oleh pengurus Erik ten Hag selepas pemain England tersebut gagal mendapatkan tempat dalam pasukan utama.
Fernandes, yang mempunyai 64 gol dan 54 bantuan dalam 185 perlawanan untuk kelab dalam semua pertandingan, menjadi kapten ketika ketiadaan Maguire, yang menghabiskan banyak masa musim lalu di bangku simpanan atau cedera.
Bekas bintang pertahanan Leicester City tersebut juga telah dikaitkan dalam laporan media Britain dengan perpindahan dari kelab itu.
“Pemain tengah Portugal itu sudah memakai lilitan tangan untuk United pada beberapa kali dan Erik ten Hag telah mengesahkan bahawa dia kini akan mengetuai pasukan secara tetap.
"Sebagai kapten, Pemain Terbaik Tahunan Sir Matt Busby dua kali itu akan terus memacu standard tertinggi di seluruh skuad ketika United berusaha mencapai kejayaan pada musim 2023-24 dan seterusnya,” kata United dalam satu kenyataan.
Sebelum ini Fernandes mendapat kritikan kerana prestasinya yang hambar ketika tewas 0-7 kepada seteru Liverpool pada Mac.
Kempen pramusim United sedang berlangsung, dengan pasukan Old Trafford itu menewaskan kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais 1-0 pada Rabu.
Manchester United seterusnya bertandang ke Amerika Syarikat, akan menguji naib juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Wrexham, Real Madrid dan Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan menjelang kempen musim baharu.
Sebagai rekod, Manchester United akan kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas gagal melayakkan diri ke kejohanan itu pada kempen 2021-22. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 21 2023

United berkata, Fernandes (gambar) sudah memakai lilitan tangan beberapa kali sebelum ini dan Erik ten Hag kini mengesahkan dia akan mengetuai pasukan secara tetap. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim
United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.

Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.

EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.