BERLIN: Ferrari melantik bekas ketua Alfa Romeo Frederic Vasseur sebagai ketua pasukan Formula Satu (F1) baharunya, menggantikan Mattia Binotto, kata pasukan Itali itu, lapor dpa-AFX.
Binotto meletak jawatan bulan lepas. Alfa Romeo sebelum ini berkata Vasseur akan meninggalkan pasukan itu pada Januari.
Warga Perancis itu membawa bersamanya pengalaman lebih dua dekad dalam sukan permotoran, termasuk berkhidmat sebagai ketua pasukan Renault semasa kempen 2016.
"Sebagai orang yang sentiasa meminati sukan permotoran sepanjang hayatnya, bagi saya Ferrari sentiasa berada di puncak dunia perlumbaan. Saya tidak sabar untuk menyertai pasukan berbakat dan benar-benar bersemangat di Maranello," kata Vasseur.
Di Ferrari, Vasseur sekali lagi akan bekerjasama dengan Charles Leclerc, yang membuat penampilan sulung sebagai pemandu F1 pada 2018 untuk Alfa Romeo sebelum berpindah menyertai pasukan Itali itu setahun kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Ferrari melantik bekas ketua Alfa Romeo Frederic Vasseur sebagai ketua pasukan Formula Satu (F1) baharunya, menggantikan Mattia Binotto. - Gambar fail/REUTERS
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
F1: Mclaren Mercedes tutup aksi 2024 selaku juara pengeluar
Mclaren Mercedes menutup aksi perlumbaan musim ini selaku juara dalam kategori pengeluar selepas menamatkan pusingan akhir perlumbaan di Abu Dhabi selaku juara keseluruhan.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Apabila anda ada Ferrari, anda perlu ada Schumacher - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu ciapan X memberi pujian buat pemain tengah veteran kelab itu, Natxo Insa.
Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Habuan lumayan buat pemain 'bintang' di Arab Saudi
Habuan itu diberikan oleh kelab-kelab ternama sebagai tanda terima kasih kepada para pemain 'kesayangan' mereka.
Ferrari lancar EV pertama hujung 2025
Ferrari SpA sedang merancang untuk memperkenalkan model kenderaan elektrik penuh (EV) pertamanya di seluruh dunia menjelang akhir 2025.
Carlos Sainz Ferrari muncul juara Grand Prix F1 Singapura
Carlos Sainz melakar kemenangan untuk Ferrari dalam Grand Prix Formula 1 Singapura 2023.
F1: Nafi bakal sertai Ferrari, Hamilton jangka bakal perbaharui kontrak bersama Mercedes
Dilaporkan Ferrari sedang menyediakan bidaan untuk mendapatkan Hamilton dalam perpindahan blockbuster.
F1: Mana mungkin Hamilton sertai Ferrari - Ecclestone
Masa depan Hamilton dalam sukan itu masih dalam penelitian dengan enam bulan untuk menjalankan perjanjian GBP40 juta setahun di Mercedes.
Charles Leclerc sayangkan Ferrari, nafi ganti Lewis Hamilton di Mercedes
Pemandu Monegasque itu masih memburu podium pertama musim 2023 selepas membuat permulaan yang hambar.