Pemain profesional e-sukan FIFA 18, Amirul 'AmTuah' Afandi menyifatkan mutu persembahannya dalam Kejohanan Permainan Video Bola Sepak Asia (AFGC) baru-baru ini, bukanlah satu perkara yang membanggakan selepas tewas di peringkat separuh akhir.
AmTuah berkata kekalahan tersebut amat memeritkan baginya apabila dia terkandas buat dua tahun berturut-turut dalam kejohanan itu di peringkat yang sama.
“Secara keseluruhan, ia bukanlah satu prestasi yang membanggakan kerana saya tahu sebenarnya saya boleh mencapai keputusan yang lebih baik lagi.
“Mungkin selepas ini saya perlu menjalani latihan mental yang lebih kukuh memandangkan kalau dilihat perbandingan skil teknikal dengan pemain Asia lain tidak jauh bezanya.
“Walau bagaimanapun, saya mohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang trofi kejuaraan ini,” jelas AmTuah ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Dalam pertandingan separuh akhir AFGC tersebut, AmTuah tewas di tangan pemain Singapura, Syamil Sabirin 2-0.
Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, AmTuah yang merupakan juara Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara itu berhasrat untuk mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan pada masa akan datang, bersama pemain-pemain FIFA 18 di rantau ini bagi memperbaiki mutu persembahannya.
Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Muhammad Luqman Haziq ‘Fenrir’ Hajiman turut terkandas di pusingan separuh akhir apabila terpaksa akur dengan kekalahan menerusi sepakan penalti kepada jaguh Jepun, Subaru Sugano.
“Mungkin saya kalah dari segi pengalaman memandangkan Subaru sudah berada dalam arena profesional e-sukan ini selama tujuh tahun.
“Walaupun kejohanan itu juga mengalami beberapa isu teknikal, saya percaya saya sudah memberikan yang terbaik. Rezeki kemenangan untuk kejohanan itu belum lagi sampai untuk saya,” katanya kepada Astro AWANI.
AFGC yang berlangsung di Marina Square, Singapura itu menyaksikan finalis Piala e-Dunia FIFA (FIWC) pada 2015 dan 2017, Subaru muncul juara selepas mengalahkan pemain tuan rumah Syamil 2-1 pada final.
Kejohanan yang dianjur Persatuan Permainan Video Atas Talian dan Sukan Siber Singapura (SCOGA) itu mengumpulkan 24 pemain terbaik FIFA 18 daripada 13 negara Asia dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM10,000.
Mariah Ahmad
Mon Jul 16 2018
![FIFA 18: Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan - AmTuah FIFA 18: Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan - AmTuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531705988_Tuah.jpg)
Amirul 'AmTuah' Afandi (kanan) dan Muhammad Luqman Haziq 'Fenrir' Hajiman sebelum ini masing-masing menjuarai peringkat kumpulan dalam AFGC. - Foto Gamesbond
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![FIFA 18: Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan - AmTuah FIFA 18: Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan - AmTuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531705988_Tuah.jpg)
FIFA 18: "Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan" - AmTuah
AmTuah berkata kekalahan tersebut amat memeritkan baginya apabila dia terkandas dalam separuh akhir dua tahun berturut-turut dalam kejohanan itu
![FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531586004_TuahLuqman.jpg)
FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC
AmTuah berkata meskipun dia berpuas hati dengan prestasinya itu namun tumpuan sepenuhnya perlu diberikan kepada persiapan menjelang perlawanan menentang juara bertahan kejohanan itu Kartikeya Behl.
![FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531502213_amtuahluqmanshige.jpg)
FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
Siapa bakal bergelar yang terbaik di Asia dalam arena e-sukan FIFA 18?