KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel, menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC Datuk Hamidin Mohd Amin.
Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata isu Palestin antara perkara utama dibincangkan dalam Kongres AFC ke-34 semalam dan Kongres FIFA ke-74 di Bangkok.
"Semua perwakilan AFC menzahirkan rasa sedih tidak terhingga atas kejadian yang berlaku di bumi Palestin yang telah banyak mengorbankan rakyat mereka termasuk juga pemain dan pegawai bola sepak serta petugas media," kata Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA.
"Seain itu, Kongres AFC bersetuju menerima usul daripada beberapa ahli gabungan untuk memansuhkan peraturan mengehadkan presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif kepada maksimum tiga penggal memegang jawatan. Maksudnya sekarang, tiada had ditetapkan," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook FAM hari ini.
Pada Kongres AFC itu juga diperkenalkan satu set jenama dinamik empat pertandingan utama anjuran AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACL Elite), AFC Women's Champions League (AWCL), AFC Champions League Two (ACL Two) dan AFC Challenge League (ACGL).
Sementara itu, beliau memaklumkan lima teras utama telah digariskan FIFA bagi menentang perkauman dalam bola sepak selepas mendapat sokongan 211 delegasi ahli gabungan selain memilih Brazil sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027.
Beliau berkata lima teras utama itu merangkumi Peraturan dan Hukuman, Tindakan Di Atas Padang, Pertuduhan Jenayah, Pendidikan dan Suara Pemain.
Dalam perkembangan lain, Hamidin memaklumkan Mattias Grafstrom secara rasminya dilantik sebagai Setiausaha Agung FIFA yang baharu menggantikan Fatma Samoura selepas menghadiri Mesyuarat Majlis FIFA Ke-28 kelmarin.
Beliau berkata Majlis FIFA turut mengemaskini beberapa pertandingan antaranya edisi sulung Piala Dunia Futsal Wanita 2025 akan berlangsung di Filipina, Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) Lelaki akan berlangsung setiap tahun di Qatar dari 2025 hingga 2029 dengan Asia mendapat sembilan slot serta Piala Dunia B-17 Wanita berlangsung setiap tahun di Maghribi dari 2025 hingga 2029 dengan Asia mendapat empat slot.
"Sementara itu Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2025 pula akan berlangsung di Seychelles. Selain itu, Majlis FIFA turut meluluskan beberapa peraturan baharu berkaitan pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Isu Palestin antara perkara utama dibincangkan dalam Kongres AFC ke-34 semalam dan Kongres FIFA ke-74 di Bangkok. - Foto FB FAM
Na’imah Mohon Rujuk Undang-Undang Kes Isytihar Harta
Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk keputusan sama ada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, boleh merujuk isu perundangan pertuduhannya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM terima warikah pelantikan
Seramai tujuh ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima watikah lantikan hari ini.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Januari.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan ketara
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.
FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.