THAILAND terus memperkukuhkan nama selaku pasukan gergasi Asia Tenggara selepas melonjak ke kedudukan ke-97 dunia sekali gus meninggalkan skuad negara di ranking ke-132 dunia.

Berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Vietnam (114) sebagai pencabar terdekat diikuti Indonesia (127) melengkapkan pasukan yang berada dalam tiga kelompok terbaik di Asia Tenggara.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan Kumpulan F berdepan Nepal di gelanggang lawan pada 25 Mac 2025.



Untuk rekod, skuad kendalian Masatada Ishii itu muncul naib juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 tahun lalu selepas terpaksa akur dengan status 'juara bertahan' apabila ditewaskan Vietnam dengan agregat 5-3 di Stadium Rajamangala, awal Januari lalu.

Dalam pada itu, Malaysia bakal berdepan Nepal dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2027 pada 25 Mac ini dengan venue perlawanan akan diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam masa terdekat.

Info tambahan:

97 Thailand - 1228.24 mata
114 Vietnam - 1161.11 mata
127 Indonesia - 1135.11 mata
132 Malaysia - 11178.05 mata
150 Filipina - 1047.73 mata

-- Stadium Astro