KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak menyifatkan aksi final Piala Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah tugas paling getir sepanjang kariernya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Pengendali berasal dari Crotia itu berkata ia disebabkan skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan -- Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan , tidak seperti ketika beliau membimbing pasukan Kelantan menjuarai final pada 2012 dan membawa JDT ke pentas final edisi 2014.
Namun, Hodak, 50, berkata semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan pemain KL City FC menjadi antara kunci kejayaan pasukan menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia hingga dinobatkan sebagai juara dengan menumpaskan JDT 2-0 malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
"Sebenarnya kami ada dua pemain kebangsaan tetapi ini adalah pasukan yang bekerja keras dan daripada semua pasukan yang saya bimbing dalam kerjaya saya, kami (KL City FC) mempunyai suasana bilik persalinan yang hebat.
"Saya tidak memilikinya dalam mana-mana kelab sebelum ini, apabila anda ada suasana seperti ini anda tahu anda boleh melakukan sesuatu," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
KL City FC mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian 32 tahun peminat Kuala Lumpur untuk melihat pasukan itu kembali menjulang Piala Malaysia dan menafikan skuad Harimau Selatan daripada mempertahankan gelaran juara yang diraih pada 2019.
Pemain tengah Zhafri Yahya dan kapten pasukan Paulo Josue masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-66 dan ke-74 untuk mencipta malam gemilang buat skuad Warga Kota.
BACA: KL City benam JDT, muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100!
Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora menyifatkan keputusan malam tadi sukar diterima selepas pasukan bimbingannya menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan diraih pada 2019.
Namun, beliau mempertahankan taktikal permainan digunakannya selain memuji sikap anak buahnya yang tidak menyerah kalah dan tetap berusaha mencari gol hingga ke penghujung perlawanan.
"Kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini, kami datang untuk menang dan menjuarai Piala Malaysia tetapi kami ketinggalan, kami tidak jumpa jalan, ruang yang tepat untuk membina strategi permainan.
"Kami tahu gaya permainan kami ialah untuk mencipta, cuba mewujudkan peluang, mencari jalan dan adalah lebih sukar untuk bertahan sahaja, tetapi KL melaksanakan tugas mereka dengan baik, mereka bertahan tidak melakukan tekanan hanya menanti di padang kami cuba merapatkan jurang dan mereka melakukannya dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Bojan Hodak memeluk Zhafri Yahya selepas KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.