KUALA LUMPUR: Pengalaman empat tahun bersama beberapa pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika membimbing skuad kebangsaan tidak memberi kelebihan kepada ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menjelang pertembungan final Piala Malaysia 2022, malam esok.
Cheng Hoe, yang membimbing Selangor menentang JDT pada final Piala Malaysia pertama skuad Gergasi Merah sejak 2016, berkata, pengalaman bersama pemain skuad Harimau Selatan sebelum ini mungkin 'memakan' dirinya pada pertembungan di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu.
Beliau berkata, barisan pemain JDT yang pernah bersamanya mungkin sudah memahami corak permainan dan pendekatan taktikal yang akan digunakan pada perlawanan esok, sekali gus mampu menghalang impian Selangor merangkul kejuaraan kali ke-34.
"Walaupun saya tahu dan faham kekuatan setiap pemain JDT tapi itu bukan satu jaminan untuk saya dan Selangor menang perlawanan esok... tapi saya selalu kata kepada pemain dalam mana-mana aksi, yang penting ialah persembahan individu.
"Bagi saya kalau pemain dapat pamerkan satu persembahan terbaik dan menunjukkan keyakinan tinggi mungkin kita boleh dapat capai keputusan positif," katanya pada sidang media praperlawanan final Piala Malaysia antara JDT dengan Selangor di Stadium Nasional, di sini, hari ini.
Cheng Hoe mula dilantik membimbing skuad kebangsaan pada Disember 2017 yang menyaksikan pengendali berusia 54 tahun itu berjaya memberi nafas baharu dalam prestasi pasukan negara sebelum mengambil keputusan melepaskan jawatan awal Januari tahun ini.
Kejuaraan terakhir Cheng Hoe dalam kancah saingan domestik ialah memenangi Piala Malaysia 2016 bersama Kedah yang menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti di pentas final.
Dalam pada itu, beliau berkata, hanya pemain pertahanan Yazan Al-Arab tidak dapat diturunkan susulan penggantungan perlawanan manakala baki pemain berada pada tahap prestasi terbaik selepas menjalani beberapa sesi pemulihan.
Sementara itu, pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar melihat final esok merupakan peluang kepada semua pemain mengharumkan nama Selangor selepas pasukan melalui kemarau tujuh tahun kejuaraan selepas menjuarai Piala Malaysia 2015.
"Selangor dah lama tak menang sebarang kejuaraan, jadi saya rasa inilah masanya yang terbaik untuk para pemain menunjukkan kehebatan bagi memenangi Piala Malaysia tahun ini, saya juga harap rakan-rakan berikan terbaik dalam 90 minit esok," kata pemain berusia 23 tahun itu.
Selangor merupakan pasukan paling berjaya dalam saingan Piala Malaysia dengan rekod kejuaraan 33 kali sementara JDT muncul juara sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013.
Rekod lima pertemuan terakhir dalam semua pertandingan berpihak JDT yang melakar tiga kemenangan dan dua seri berdepan Selangor.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu berakhir dengan keputusan 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, September lepas. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio (dua dari kiri) Tan Cheng Hoe pada sidang media pra perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara skuad Harimau Selatan dan skuad Gergasi Merah di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok. Gambar BERNAMA

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Final Piala Malaysia 2022: Pengalaman bersama pemain JDT tidak bantu saya - Cheng Hoe
Cheng Hoe sifatkan, pengalaman bersama pemain JDT sebelum ini mungkin 'memakan' dirinya pada pertembungan malam esok.