Kejohanan Futsal Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016 yang sepatutnya berlangsung di Bangkok, Thailand, Isnin lepas tidak dibatalkan tetapi ditunda ke minggu ketiga Januari tahun hadapan.
Ini disahkan Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang menegaskan kejohanan itu tetap akan dilangsungkan.
"Gelanggang pertandingan masih sama iaitu di Bangkok. Tarikh sebenar kita belum putuskan, cuma yang pasti ia akan bermula pada minggu ketiga Januari depan," katanya.
Sebelum ini, kejohanan itu dikatakan telah dibatalkan berikutan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Aduyadej pada 13 Okt lepas yang menyaksikan Thailand dalam suasana berkabung dan menghentikan segala bentuk hiburan dalam tempoh sebulan.
Sementara itu, jurulatih negara, Chiew Chun Yong lega selepas mengetahui kejohanan tersebut akan tetap diadakan biarpun terpaksa ditunda ke tahun hadapan.
"Kita akan memanggil semula semua pemain selewat-lewatnya awal Disember ini untuk menjalani latihan serta mengembalikan tahap kecergasan mereka.
"Sebagai persiapan, skuad kebangsaan akan bertolak seminggu lebih awal ke Thailand bagi mengatur beberapa perlawanan persahabatan di sana," katanya.
Chun Yong kembali bersemangat untuk membawa cabaran negara ke kejohanan itu dan menurutnya, semua pemain sangat teruja untuk mewakili negara dan akan memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu ialah muncul naib juara pada edisi 2003, 2005 dan 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2016
Gelanggang pertandingan masih sama iaitu di Bangkok, namun tarikh sebenar belum diputuskan. - Gambar hiasan/www.aseanfootball.org
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.