KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong optimis gelaran Terbuka Taiwan 2023 baru-baru ini bersama gandingannya, Tee Kai Wun adalah penyuntik semangat bagi mereka untuk melakar kejayaan lebih besar dalam kejohanan peringkat lebih tinggi dalam masa terdekat.
Memandangkan mereka tidak pernah memenangi kejohanan Super 500 dan peringkat lebih tinggi sebelum ini, Wei Chong berkata adalah penting bagi mereka untuk mengekalkan momentum agar terus menyinar dalam kejohanan gred lebih tinggi bermula Terbuka Korea 2023 (Super 500) dari 18-23 Julai.
"Selepas ini ada tiga kejohanan besar, Terbuka Korea, Terbuka Jepun 2023 (Super 750) dan Terbuka Australia 2023 (Super 500), kita belum ada kejayaan dalam kejohanan besar lagi.
"Kami harap dapat kekal momentum sekarang dan beraksi dengan cemerlang untuk kejohanan akan datang," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini pada Jumaat.
Terbuka Jepun 2023 akan diadakan dari 25-30 Julai manakala Terbuka Australia 2023 akan berlangung 1-6 Ogos.
Pada perlawanan Ahad lepas, gandingan nombor 23 dunia, Wei Chong-Kai Wun terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, ranking ke-13 dunia, 20-22, 21-17, 21-14 untuk mempertahankan gelaran mereka dalam perlawanan final Super 300.
Pemain Malaysia itu hampir meraih gelaran sulung Super 500 mereka sebelum tewas di tangan pasangan Korea, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 15-21, 24-22, 19-21, pada final Masters Malaysia 2023 bulan lepas.
Kini mereka mempunyai peluang untuk membalas dendam kekalahan mereka yang akan berdepan Min Hyuk-Seung Jae pada pusingan pembukaan Terbuka Korea 2023, Wei Chong berkata mereka hanya perlu memastikan berada dalam prestasi terbaik untuk menumbangkan pasangan tuan rumah itu.
Dalam pada itu, pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu berharap dapat melonjakkan ranking di kedudukan 10 atau 15 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini.
"Kami perlu layak ke suku akhir atau separuh akhir dalam setiap kejohanan yang kami sertai (untuk memperbaiki kedudukan) tidak bagus jika kita hanya setakat pusingan pertama atau kedua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
![Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685106713_badminton.jpg)
Pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu berharap dapat melonjakkan ranking di kedudukan 10 atau 15 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738360088_TBbadminton.jpg)
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
![Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737902936_Beregulelakinegara.jpg)
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
![Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736631394_ManWeiChongTeeK.jpg)
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
![Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697343978_BAM.jpg)
Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini
Pasangan beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.
![Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685106713_badminton.jpg)
Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong
Pemain Malaysia itu hampir meraih gelaran sulung Super 500 mereka sebelum tewas di tangan pasangan Korea, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada final Masters Malaysia 2023 bulan lepas.
![Wei Chong-Kai Wun pertahan kejuaraan Terbuka Taiwan Wei Chong-Kai Wun pertahan kejuaraan Terbuka Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687693362_ManWeiChongTeeKa.jpg)
Wei Chong-Kai Wun pertahan kejuaraan Terbuka Taiwan
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempertahankan kejuaran Terbuka Taiwan dua tahun berturut-berturut selepas menewaskan beregu tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han hari ini.
![Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658659434_anWeiChongTeeKai.jpg)
Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, memecah dominasi wakil tuan rumah apabila meraih gelaran Kejohanan Terbuka Taiwan.
![Tiga wakil negara julang gelaran Terbuka Sepanyol Tiga wakil negara julang gelaran Terbuka Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624231380_Badminton.jpg)
Tiga wakil negara julang gelaran Terbuka Sepanyol
Ia mungkin hanya kejohanan di peringkat keempat tetapi tetapi ia tidak menghalang Malaysia untuk mendominasi.