BEKAS pemain Liga Perdana Inggeris, Christian Atsu, 31, disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye, baru-baru ini.
Mayat Atsu, yang bermain untuk kelab Hatayspor sejak tahun lalu, ditemui di bawah runtuhan bangunan tempat yang beliau diami di Turkiye.
Atsu tidak dapat dihubungi selepas gempa bumi melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari, namun terdapat kesilapan dalam pengesanan identiti sebelum ini yang melaporkan dia merupakan antara mangsa yang dirawat di hospital.
"Dengan berat hati saya mengesahkan mayat Christian Atsu telah ditemui pagi ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA TURKIYE DAN SYRIA DI SINI
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan mereka.
"Sementara kami menguruskan apa yang perlu, saya harap semua pihak menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh masa yang sukar ini," kata wakil Atsu, Nana Sechere dalam satu kenyataan.
Bekas kelab Atsu, Newcastle dalam satu kenyataan meluahkan kesedihan atas pemergian Atsu, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang berjaya kembali ke Liga Perdana pada 2017.
Berasal dari Ghana, Atsu juga pernah bermain untuk Chelsea, Bournemouth dan Everton.
Agensi
Sat Feb 18 2023
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye. - Sumber foto Twitter/ChelseaFC
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Gempa bumi Turkiye: Jasad Christian Atsu dibawa pulang ke Ghana
Pesawat yang membawa jasad pemain bola sepak kelab Hatayspor itu mendarat di Accra lewat Ahad, sebelum kerandanya dibawa untuk upacara pengebumian oleh pasukan tentera Ghana.
Gempa bumi Turkiye: Kelibat pemain Ghana Christian Atsu masih belum dapat dikesan
Pengurus kelab Hatayspor, Volkan Demirel memaklumkan pihaknya masih belum dapat mengesan pemain Ghana, Christian Atsu.
Gempa Turkiye: Christian Atsu berjaya diselamatkan dalam runtuhan bangunan
Atsu bersama pengarah sukan kelab Taner Savut terperangkap dalam bencana alam di Kahramanmaras, pangkalan Hatayspor.
Gempa Turkiye, Syria: Bekas penyerang Chelsea Atsu dilaporkan hilang
Pemain warga Ghana itu dipercayai berada dalam salah satu bangunan yang musnah.
Benitez: Kegigihan Newcastle buahkan hasil
Magpies bangkit menerusi sepakan percuma Henri Saivet dan Mohamed Diame meletakkan Newcastle 2-1 di hadapan selepas Marko Arnautovic membuka jaringan pada minit keenam.