Beraksi di gelanggang sendiri ada pro dan kontranya, dan bagi skuad gimnastik negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan sokongan peminat tempatan dikhuatiri memberi tekanan tinggi yang tidak mampu ditangani dalam usaha mempertahankan pingat emas mereka.
Kebimbangan itu diluahkan pengurus pasukan Azmi Hassan yang mahu gimnas negara, khususnya atlet wanita, berusaha menangani tekanan dengan meningkatkan motivasi masing-masing.
"Apa yang saya paling khuatir ialah sokongan dan sorakan orang ramai... mereka (gimnas) tidak biasa. Biasa di luar negara tidak banyak sorakan. Saya risau mereka tidak boleh terima tekanan tinggi, terutamanya gimnas wanita. Gimnas lelaki saya rasa tidak ada masalah.
"Cabaran dan tekanan memang agak tinggi, tidak dinafikan. Kami mahu sekurang-kurangnya pertahankan pingat di Singapura atau buat lebih baik. Kita mahukan kepercayaan dan sokongan daripada rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara hari ini.
Acara gimnastik akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) di sini.
Pada edisi 2015 di Singapura, skuad negara meraih tiga pingat emas menerusi acara berpasukan wanita yang dibarisi Tracie Ang, Farah Ann, Tan Ing Yueh, Nur Eli Ellina, Siti Nur Bahirah dan Lavinia Jayadev manakala dua lagi emas masing-masing dalam acara palang bertingkat menerusi Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi (senaman lantai).
Dalam pada itu, Azmi berkata kesemua gimnas wanita dan lelaki masing-masing baru sahaja selesai menjalani latihan selama tiga minggu di Australia dan Jepun.
Katanya ada beberapa gimnas mengalami kecederaan namun skuad negara tidak bimbang kerana kecederaan yang dialami adalah ringan dan biasa bagi sukan berkenaan.
Mengulas mengenai persediaan skuad gimnastik artistik negara, beliau berkata mengikut perancangan, gimnas lelaki akan ke Sukan Universaide di Taiwan sebagai pasukan jemputan bermula 4 hingga 10 Ogos ini untuk latihan dan pertandingan terakhir sebelum KL2017 bermula.
Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik wanita Ng Shu Wai berkata kesemua gimnas wanita akan memulakan latihan di venue Sukan SEA ke-29 di MITEC.
"Mereka akan berlatih atas podium... podium biasanya digunakan di pertandingan antarabangsa sahaja. Dari segi persediaan semua berjalan lancar. Lima atlet memang berlatih bersama, cuma Lavinia berlatih di United Kingdom.
"Saya harap beliau dapat balik ke Malaysia sebelum 1 Ogos untuk sama-sama berlatih di MITEC kerana di situ kita mahu terapkan strategi, kerjasama dan keserasian antara mereka. Saya mahu kesemua mereka kekal positif sehingga acara berakhir," katanya.
Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik lelaki Ng Shu Liang berkata gimnas lelaki yang kini bebas kecederaan berat yang boleh mengganggu prestasi mereka akan memulakan latihan pusat sebaik sahaja pulang dari kejohanan di Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017

Pengurus pasukan bimbang peserta gimnas tertekan dengan sorakan dan harapan tinggi rakyat Ma,aysia di gelanggang sendiri. - Gambar fail

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga.

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri
Beraksi di gelanggang sendiri ada pro dan kontranya, dan bagi skuad gimnastik negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sokongan peminat tempatan dikhuatiri memberi tekanan.