KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) merancang untuk melantik dua bekas gimnas negara Koi Sie Yan dan Izzah Amzan, sebagai pembantu jurulatih skuad gimnastik berirama negara, tahun depan.
Naib Presiden MGF Petrina Low berkata Izzah dan Sie Yan, akan berkhidmat secara separuh masa bersama kem gimrama kebangsaan, memandangkan kedua-dua bekas pemenang pingat Sukan Komanwel itu, masih dalam tempoh pembelajaran di pusat pengajian tinggi.
"Ketika ini kami masih dalam proses rundingan, namun kedua-dua mereka menunjukkan minat untuk bersama MGF.
"Pemilihan Izzah dan Sie Yan dibuat berdasarkan pengalaman mereka sebagai gimnas negara sebelum ini," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, semalam.
Petrina berkata Izzah dan Sie Yan akan mengisi kekosongan ditinggalkan dua jurulatih asing iaitu Dr Svetlana Mekantsishvili dari Georgia dan Lidia Legotina dari Rusia, selepas kontrak mereka tamat sebelum ini.
Beliau juga berkata pihaknya juga akan menambah seorang lagi jurulatih baharu dari Russia, bagi memperkukuhkan lagi barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan tahun depan.
Pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, Sie Yan merangkul perak acara berpasukan bersama Izzah dan Amy Kwan Dict Weng, selain menggondol dua lagi pingat perak dalam acara bola dan belantan individu, serta pingat gangsa acara riben individu.
Izzah pula membantu kontinjen negara merangkul gangsa acara belantan individu pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Petrina berkata Izzah dan Sie Yan (gambar) akan mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih asing Dr Svetlana Mekantsishvili dari Georgia dan Lidia Legotina dari Rusia, selepas kontrak mereka tamat. - Gambar Instagram

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Harapan Sharul Aimy buat penampilan sulung di sukan Olimpik Paris 2024 tipis
Sharul Aimy gagal naiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam.

Piala Dunia: Sharul Aimy gagal layak ke final acara melombol di Kaherah
Sharul Aimy catat mata purata 13.566 selepas mencatatkan 14.230 dan 12.900 mata, pada lompatan pertama dan kedua untuk menduduki tempat ke-27.

Gimnastik: MGF 'pancing' Sie Yan, Izzah
Petrina berkata kedua-duanya akan berkhidmat secara separuh masa bersama kem gimrama kebangsaan memandangkan mereka masih belajar di IPT.

Kecederaan buku lali tidak gugat semangat Sharul Aimy beraksi di Kemboja
Sharul Aimy bertekad untuk mempamerkan aksi dan merekodkan catatan terbaik dalam semua acara disertai.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Sukan Komanwel Birmingham: Izzah Amzan kecewa mata dipintas saat akhir
Izzah, bagaimanapun, berasakan dia sudah melakukan yang terbaik namun rezeki tidak memihaknya.

Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat
Berbaki tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, MGF masih runsing memikirkan persiapan buat gimnas negara, Farah Ann, untuk menghadapi temasya itu.