KUALA LUMPUR: Gimnas berbakat besar Muhammad Sharul Aimy Kamarul berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jeremiah Loo Phay Xing, yang bersara baru-baru ini.
Jurulatih gimnastik artistik lelaki kebangsaan Ng Shu Liang berkata walaupun Sharul, 20, mempunyai masa depan cerah dalam arena sukan tersebut, atlet kelahiran Terengganu itu masih memerlukan masa untuk memperbaiki diri.
"Saya dapat lihat Sharul sebagai pengganti Jeremiah. Dia tidak bernasib baik sebelum ini kerana mengalami beberapa siri kecederaan (termasuk kecederaan lutut).
"Tetapi saya gembira kerana dia telah menunjukkan kemajuan dan semakin baik selepas saya membawanya berlatih di bawah saya tidak lama dulu. Sekarang setelah pulih, Sharul perlu sedikit masa untuk mengecap kejayaan kerana dia masih muda," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Jurulatih berusia 38 tahun itu percaya penyertaan dalam lebih banyak pertandingan akan memberi kelebihan kepada Sharul, selepas atlet itu membawa pulang perak dalam acara melombol (vault) pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir, Disember lepas.
Shu Liang berkata beliau kini membantu Sharul dan seorang lagi gimnas, Tan Fu Jie, bersedia untuk menghadapi kejohanan seterusnya iaitu Apparatus World Cup Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) 2022 di Kaherah, Mesir, dari 17-22 Mac ini.
Jurulatih kelahiran Perak itu berkata Sharul bakal bertanding dalam dua acara iaitu melombol dan senaman lantai, manakala Fu Jie akan menyertai acara kekuda berpelana.
"Selain sebagai acara pemanas badan sebelum Sukan SEA di Hanoi, Mei ini, pertandingan di Kaherah sangat penting bagi Fu Jie bagi mendapatkan semula temponya dan daya saing selepas kali terakhir beraksi di Melbourne pada February 2020," katanya.
Beliau turut berharap agar Persekutuan Gimnastik Malaysia serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menunaikan hasratnya untuk membawa enam atlet bagi mewakili negara pada Sukan SEA akan datang.
Ditanya pendapatnya tentang persaraan Jeremiah, Shu Liang mengaku ia adalah satu kehilangan besar buat kem gimnastik lelaki negara, namun beliau menghormati keputusan anak buahnya itu untuk bersara kerana kecederaan pada pergelangan tangan kiri.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu maju ke depan dan percaya berita persaraan itu menaikkan semangat atlet junior untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Tahun lepas, Jeremiah, yang juga atlet kelahiran Pulau Pinang, meraih pencapaian membanggakan dalam kerjayanya selepas beliau menjadi gimnas lelaki kedua Malaysia membuat penampilan di Olimpik, selepas Ng Shu Wai pada Olimpik Athens 2004.
Jeremiah menamatkan kempen Olimpik Tokyo 2020 pada kedudukan ke-62 daripada 66 gimnas pada pusingan kelayakan Individu All-Around dengan mencatat 67.498 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Muhammad Sharul Aimy Kamarul. - Instagram sharulaimy

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Impian Chun Chen jadi kenyataan pada Sukma
Gimnas Pulau Pinang Ng Chun Chen boleh menarik nafas lega selepas merangkul pingat emas all-round individu lelaki pada Sukma ke 20.

Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Ng Shu Wai berkata, Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.

Gimnastik: Sharul mampu ganti Jeremiah - Jurulatih
Walaupun Sharul mempunyai masa depan cerah, atlet kelahiran Terengganu itu masih perlu masa untuk memperbaiki diri.

Gimnas negara bersara awal
Dia menanggung kecederaan pergelangan tangan kirinya sejak April tahun lalu.

Tokyo 2020: Biles berdepan isu 'tekanan dalaman' ketika tarik diri
Biles mengesahkan dia menarik diri dengan 'masalah perubatan' berikutan persembahan yang kurang cemerlang dalam melombol.

Olimpik Tokyo: Farah Ann pasrah pendaratan awal kurang menjadi
Dalam senaman lantai pula, atlet berumur 27 tahun itu mengutip 12.333 sebelum meraih mata tertinggi dalam melombol yang merupakan aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.

Siapa Oksana Chusovitina? Olimpik Tokyo pentas terakhir untuk gimnas 46 tahun ini
Usianya tiga kali lebih tua daripada majoriti atlet yang bertanding di Tokyo, tetapi Oksana Chusovitina bukan atlet biasa.