Beliau yang mencatatkan 49.33 saat (s) tidak berupaya menandingi larian 49.10s pemenang gangsa Sukan Paralimpik Paris 2024 Yovanni Philippe dari Mauritius untuk mendominasi saingan di trek olahraga Dubai Club for People of Determination.
Pingat gangsa pula menjadi milik Serhii Sapietchenkov dari Ukraine menerusi catatan 49.99s.
Pencapaian itu sekali gus menyaksikan skuad negara menutup kempen di Emiriah Arab Bersatu dengan menduduki tempat ke-19 secara keseluruhan menerusi dua emas, tiga perak dan dua gangsa.
Emas negara disumbangkan Muhammad Nazmi Nasri bagi acara lompat jauh lelaki T36/T37/T38 (kecacatan fizikal) dan Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi bagi acara 100m lelaki T12 (kecacatan penglihatan).
Dua lagi perak dimenangi Noor Imanina Idris bagi acara lontar peluru wanita F20 (kecacatan intelektual) serta Mohd Shahmil menerusi lontar peluru lelaki F53/F54/F55/F56 (kecacatan fizikal) manakala dua gangsa pula dihadiahkan wakil lempar cakera lelaki F55/F56 (kecatatan fizikal) Muhammad Amirul Alif Abdul Raof serta Siti Noraidah Suherman daripada acara lontar peluru wanita F20 (kecacatan intelektual)
India muncul juara keseluruhan dengan sembilan emas, lapan perak dan empat gangsa.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)