KEMARAAN Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketujuh berturut-turut selepas menewaskan FC Copenhagen 6-2 secara agregat di Stadium Etihad gagal meredakan kemarahan Pep Guardiola berhubung jadual padat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Guardiola pada Ahad lalu telah menyuarakan kekecewaannya apabila The Citizens terpaksa berdepan Manchester United bagi aksi EPL, kira-kira 72 jam sebelum melayan kunjungan Copenhagen di perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Dengan nada berang, Guardiola menempelak perancang jadual EPL dengan menyatakan bahawa tiada negara lain memaksa wakilnya bermain di liga domestik pada Ahad apabila mereka mempunyai perlawanan peringkat Eropah pada hari Rabu.
"Cakap dekat EPL? Nanti mereka balas 'kami membayar banyak wang, jadi diam!" ujar Guardiola selepas diajukan soalan berhubung penjadualan perlawanan EPL pada minggu Liga Juara-Juara.
Mengulas aksi menentang Copenhagen, Guardiola berkata dia terpaksa melakukan tujuh perubahan dalam kesebelasan utama bagi mengelak keletihan menjelang aksi penting menentang Liverpool hujung minggu ini.
Pun begitu, Guardiola menafikan memandang rendah keupayaan Copenhagen apabila mengeluarkan watak penting Erling Haaland, Manuel Akanji dan Julian Alvarez sebelum wisel penamat ditiupkan.
"Jadual padat beri kesan buruk kepada prestasi City.
"Saya tidak mahu pemain berdepan isu kecergasan kelak," katanya.
The Citizen ketika ini mengekori rapat Liverpool selaku pendahulu EPL dengan perbezaan dua mata.
Namun, City yang juga juara musim lalu boleh memintas The Reds sekiranya meraih kemenangan di Anfield. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 07 2024

Guardiola bercakap pada sidang media sebelum perlawanan Liga Juara-juara menentang Copenhagen, di City Football Academy, Manchester, England, 5 Mac 2024. (Foto AP)

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).

Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).

Man City lengkapkan pembelian Omar Marmoush dari Eintracht Frankfurt
Manchester City telah melengkapkan pembelian penyerang Mesir, Omar Marmoush daripada Eintracht Frankfurt, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.

UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.

Guardiola rai kontrak baru Erling Haaland sebagai luar biasa
Pep Guardiola melaungkan pujian terhadap keputusan Erling Haaland yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester City.

Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.

Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City, hijrah luar negara
Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara.