Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan kemenangan besar 7-0 Malaysia ke atas Bhutan pada aksi persahabatan antarabangsa Kelas A malam semalam sebagai hadiah kemenangan kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, Malaysia mudah menjinakkan pasukan berstatus semi pro yang menghuni ranking ke-188 dunia itu apabila mendahului 5-0 pada separuh masa pertama sebelum menambah dua lagi jaringan pada babak kedua permainan.
Cheng Hoe yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada Disember tahun lalu selepas Nelo Vingada meletak jawatan susulan prestasi buruk skuad kebangsaan sebelum ini berkata, kejayaan itu merupakan hadiah buat para pemain, penyokong dan barisan jurulatih serta pihak pengurusan yang selama ini dahagakan kemenangan.
"Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain dan semua pihak yang berkerja keras selama ini. Mereka dahagakan kemenangan dan kita boleh nampak mereka (pemain) dari minit pertama hingga ke minit 90 berjuang berhabis-habisan untuk menamatkan badi 12 perlawanan tanpa kemenangan.
"Kita dapat pamerkan satu permainan yang terbaik dan konsisten. Ia adalah hadiah kemenangan untuk semua, namun kita masih lagi perlu perbaiki sedikit kelemahan di mana ada waktunya pemain seakan hilang fokus dan saya percaya ia dapat diatasi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan.
Skuad Harimau Malaya sebelum ini dikejutkan dengan keputusan seri 2-2 ketika melayani kunjungan satu lagi pasukan berstatus semi-pro, Mongolia dalam aksi persahabatan sebelum tewas tipis 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019, Selasa lepas.
Sementara itu Jurulatih Bhutan, Trevor James Morgan berkata beliau tidak gembira dengan keputusan malam ini selepas pasukan bimbingannya juga dibelasah Maldives 7-0 sebelum ini pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala AFC 2019, Rabu lepas.
"Saya tidak jangka 14 gol bolos dalam dua perlawanan ... ia nampak tidak bagus tetapi itulah kenyataannya ... anda melakukan kesilapan dan anda dihukum, Pada saya ia juga adalah satu proses pembelajaran memandangkan ini adalah perlawanan kedua bersama pasukan saya dan banyak lagi yang perlu dibaiki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 01 2018
Antara aksi menarik ketika skuad kebangsaan bertemu Bhutan dalam perlawanan pada Ahad malam. - Bernama
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Kriket: Malaysia juarai Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022
Pasukan kriket kebangsaan muncul juara Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 selepas menumpaskan Bhutan pada aksi final, hari ini.
Hadiah kemenangan buat seluruh penyokong - Cheng Hoe
Harimau Malaya mendahului 5-0 pada separuh masa pertama sebelum menambah dua lagi jaringan pada babak kedua permainan.