KUALA LUMPUR:Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah, sah bakal meneruskan karier permotorannya dalam Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim hadapan.
Pengurus peribadi Hafizh Syahrin Razmin Masli berkata, mereka telah selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di benua Eropah, dan pelumba berkenaan akan terus beraksi dalam kategori Moto2.
"InsyaAllah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik untuk baki tiga pusingan perlumbaan pada musim ini," kata Razmin kepada wartawan tempatan menerusi rakaman audio hari ini.
Baru-baru ini, Aspar Team Moto2 mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3, untuk mewakili pasukan berkenaan dalam saingan Moto2 musim hadapan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Hafizh Syahrin bersama pasukan itu.
Arenas, bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Aron Canet musim depan.
Hafizh Syahrin sebelum ini mengesahkan beliau sudah mengadakan perbincangan awal dengan dua pasukan, bagi memastikan beliau kekal bersaing pada Kejuaraan MotoGP pada musim hadapan.
Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-20 menerusi kutipan 21 mata selepas 12 pusingan perlumbaan.
Tiga baki perlumbaan MotoGP pada musim ini adalah GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 Nov).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Hafizh dijangka lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik untuk baki tiga pusingan perlumbaan pada musim ini. - Gambar fail
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.