Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi menarik apabila muncul pelumba kelima terpantas pada sesi latihan bebas kedua pada Kejuaraan MotoGP Dunia di Grand Prix Itali, pada Jumaat.
Hafizh menamatkan 18 pusingan dengan mencatatkan masa terbaik sepusingan satu minit 53.0691 saat, sekali gus memperbaiki catatan masa 1:55.807s pada sesi pertama.
Pelumba pasukan Ajo Motorsport, Johann Zarco muncul pelumba terpantas dengan 1:52.944s diikuti Sando Cortese daripada pasukan Dynavolt Intact GP dengan masa 1:52.993s.
Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami daripada pasukan Idemitsu Honda Team mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan 1:53.009s.
Sementara itu, pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi hanya mampu mencatatkan masa 2:00.24s untuk muncul sebagai pelumba ke-20 terpantas dalam sesi latihan bebas kedua.
Pada sesi pertama, pelumba pasukan Honda Team Asia itu, merakamkan masa terpantas 2:09.992s manakala Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) menduduki tangga ke-28 dengan masa 2:00.607s.
Bernama
Sat May 21 2016

Hafizh menamatkan 18 pusingan dengan mencatatkan masa terbaik sepusingan satu minit 53.0691 saat. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Moto2: 'El Pescao sudah kembali'
Semuanya selepas Hafizh menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali pada kedudukan kesembilan di Litar Mugello.

Hafizh Syahrin pelumba kelima terpantas sesi latihan GP Itali
Hafizh menamatkan 18 pusingan dengan mencatatkan masa terbaik sepusingan satu minit 53.0691 saat.