KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) memilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 yang akan berlangsung pada 29 Ogos ini.
Naib Presiden SAM Hazreen Mubarak berkata prestasi konsisten dan kejayaan Muhammad Hakim atau lebih dikenali sebagai Hakim Danish bergelar juara keseluruhan saingan perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) 2022 menjadi faktor utama pelumba berusia 16 tahun itu dipilih sebagai penerima anugerah.
"Di usia masih muda, Hakim Danish mempunyai masa panjang untuk terus menyerlah sekali gus mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam sukan permotoran dunia. Kami harap kecemerlangannya menjadi insipirasi kepada pelumba muda," katanya dalam kenyataan SAM hari ini.
Sementara itu, faktor kredibiliti kepimpinan, kejayaan yang diraih dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan karate menyaksikan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sekali lagi diiktiraf sebagai Persatuan Sukan Dinamik selepas edisi 2014.
"Untuk tahun ini sememangnya MAKAF sekali lagi layak menerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan pencapaian atlet serta pengurusan persatuan dan atlet yang baik. Di samping itu, atlet karate tak pernah hampakan kem negara dengan pencapaian membanggakan," kata Hazreen.
Selain dua anugerah itu, turut ditawarkan pada majlis anugerah gilang-gemilang itu adalah anugerah Pengulas Sukan Popular, Anugerah Tokoh Kepimpinan, Atlet Terbaik, Atlet Para Terbaik dan 100PLUS 'Out Do Yourself'.
Dalam pada itu, selain mengiktiraf atlet cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun lepas, turut dirai pada majlis anugerah tersebut adalah wartawan sukan yang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori Kewartawanan Sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Prestasi konsisten dan kejayaan Muhammad Hakim bergelar juara keseluruhan saingan perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) 2022 menjadi faktor utama pelumba berusia 16 tahun itu dipilih sebagai penerima anugerah.- Gambar fail/Facebook ZK Racing

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish podium lagi di Misano
Pelumba berusia 17 tahun itu menamatkan perlumbaan di kelompok tiga terbaik walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-11.

Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.

Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysiamemilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022.

Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.

RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.

Hakim Danish mahu kekal momentum di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023
Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.

ATC: Hakim Danish bangkit ungguli perlumbaan sengit di Thailand
Muhammad Hakim kembali menerajui senarai kedudukan pelumba dengan mengumpul keseluruhan 117 mata.

SIC buka pendaftaran dalam talian MiniGP musim kedua
Penganjuran edisi kedua diharap mendapat sambutan menggalakkan sekali gus dapat mencipta bakat baharu sukan permotoran negara.