KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengakui kecewa dengan keputusan diraih pada pusingan kedua Kejuaraan FIM JuniorGP European Talent Cup (ETC) yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, pada Ahad.
Pelumba berusia 15 tahun itu bagaimanapun enggan menyerah kalah selain berazam untuk bangkit memperkemas lagi tunggangan dalam usaha melakar keputusan lebih baik pada pusingan seterusnya di Litar Jerez juga di Sepanyol pada 4 Jun ini.
Terdahulu pada perlumbaan tersebut pelumba kelahiran Terengganu itu menamatkan saingan di kedudukan ke-11 pada perlumbaan pertama dengan catatan 27 minit 41.008 saat (s) dan berada di kedudukan ke-13 pada perlumbaan kedua dengan catatan 27:39.728s.
"Perlumbaan kedua saya tidak mendapat permulaan yang baik, kumpulan hadapan mula ada jarak membuatkan saya sukar untuk kejar dan saya habiskan perlumbaan di P13," katanya menerusi kenyataan dikongsikan kepada media hari ini.
Keputusan dicapai pelumba Monlau Motul itu menyaksikan beliau kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul sebanyak 24 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, pelumba pasukan Aspar Junior, Maximo Quiles muncul juara diikuti pelumba ACR Racing, Guido Pini manakala Rico Salmela daripada Estrella Galicia meraih tempat ketiga.
Pada perlumbaan kedua, Maximo sekali lagi meraih juara diikuti Brian Uriarte (Estrella Galicia) di tempat kedua sementara pelumba Finetwork Mir Junior, Alberto Ferrandez di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Keputusan dicapai pelumba Monlau Motul itu menyaksikan beliau kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul sebanyak 24 mata secara keseluruhan. - Gambar Facebook/ZK Racing
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024
Rexy Mainaky, kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia.

Malaysia kecewa UNSC gagal laksana gencatan senjata serta-merta di Gaza
Malaysia meluahkan kekesalan atas kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangani situasi genting yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Zelenskyy ancam boikot mesyuarat pertama majlis NATO-Ukraine - Laporan
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengancam tidak akan hadir pada mesyuarat pertama Majlis NATO-Ukraine yang baru ditubuhkan kerana kecewa dengan pendirian perikatan itu.

Hakim Danish tekad bangkit di Litar Jerez, Sepanyol
Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengakui kecewa dengan keputusan diraih pada pusingan kedua Kejuaraan FIM JuniorGP European Talent Cup (ETC) yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo.

Presiden BAM kecewa dengan skuad remaja, sifatkan berada dalam sindrom penafian
Presiden BAM kecewa dengan prestasi hambar dipamerkan skuad kebangsaan pada Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol.

Mesyuarat Biro Politik UMNO tak bincang isu Agong kecewa
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata, sebarang perincian mengenai intipati mesyuarat akan dinyatakan kemudian.

Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.

"Jangan biar kesesakan di JPJ Johor berlaku di tempat lain, rakyat akan marah" - Wee Ka Siong
Sistem perkhidmatan kaunter JPJ dilihat sudah terlalu kuno dan memerlukan anjakan paradigma ke arah digitalisasi.

PRN Melaka: Pas kecewa BN, UMNO tanding semua kerusi - Tuan Ibrahim
Pas menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mengumumkan bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan
Penahanan Aryan telah menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.