Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang bakal mengambil alih pengurusan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan, tidak seharusnya menumpukan perhatian semata-mata kepada membasmi rasuah da keganasan bola sepak.
Sebaliknya, badan itu perlu memikirkan cara bagaimana menyalurkan dana daripada hak penyiaran perlawanan kepada pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M, kata Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Banyak pasukan belum bersedia. Tanggungjawab persatuan induk bola sepak tanah air dan penaja, yang menaja liga perlu membantu pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia, bukan nak kurangkan rasuah dan keganasan, itu bukan tugas mereka.
"Itu tugas pihak berkuasa," titah Tunku Mahkota Johor itu pada sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini hari ini.
Baginda mengulas laporan berita berhubung hasrat Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang mahu melancarkan kempen membasmi kes mengatur perlawanan dan budaya samseng bola sepak apabila mengambil alih pengurusan Liga M tahun depan.
Tunku Ismail bertitah walaupun persatuan bola sepak mempunyai tanggungjawab mencari peruntukan sendiri, dengan adanya wang daripada hak penyiaran, mereka dapat menggunakan dana itu untuk menambah baik kemudahan dan program pembangunan bola sepak belia.
"Memang tanggungjawab kita mencari duit dan penaja-penaja kita sendiri, tetapi itu sepatutnya menjadi bonus untuk kurangkan beban. Terutama apabila ada kes, penaja menarik tajaan menyebabkan ada pasukan terpaksa menanggung beban akibat daripada itu," titah baginda.
Tunku Ismail turut berharap agar FMLLP dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberi penerangan jelas, bukan sahaja kepada PBNJ tetapi pasukan lain yang bertanding dalam Liga M musim depan.
Astro Arena
Fri Sep 18 2015
Tunku Ismail turut berharap agar FMLLP dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberi penerangan jelas, bukan sahaja kepada PBNJ tetapi pasukan lain yang bertanding dalam Liga M musim depan. - Gambar Astro ARENA
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
Hal rasuah kerja polis, dana hak penyiaran kerja FAM
Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang bakal mengambil alih pengurusan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan, tidak seharusnya menumpukan perhatian semata-mata kepada membasmi rasuah da kegana