KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengulangi pendirian bahawa tidak semua atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan dimasukkan dalam program Road To Gold (RTG).
Hannah berkata semua atlet mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Program Podium dan mereka berada dalam RTG adalah yang menghuni kelompok 10 terbaik dunia atau berpeluang mendapatkan pingat emas.
"Dalam RTG mereka (atlet) ada sokongan asas Podium yang kita bagi kepada semua yang layak ke Olimpik.
"Tetapi untuk RTG kita mendengar apa lagi perkhidmatan tambahan yang boleh memperkasakan lagi peluang mereka mendapatkan emas," katanya pada sidang media selepas Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras di sini hari ini.
Pada masa sama, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa membuka pintu untuk bertemu dengan mana-mana atlet yang berjaya layak ke Sukan Olimpik termasuk pelumba berbasikal lebuh raya wanita Nur Aisyah Mohamad Zubir.
"Pintu kita sentiasa terbuka dan semua persatuan sukan tahu mereka ada akses kepada MSN. Cuma sukar untuk saya respons setiap kali atlet layak ke Olimpik, kerana proses kelayakan sedang berjalan tapi memang kita sebaik mungkin, kalau kita ada peluang, kita akan pergi berjumpa (atlet)," katanya.
Terdahulu, Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024 berdasarkan ranking dan prestasinya yang konsisten.
Dalam pada itu, berhubung pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Hannah berkata ia adalah perkara paling asas untuk melindungi atlet.
"Butiran mengenai perkara ini Ketua Pengarah MSN sedang teliti dengan KWSP dan Perkeso, sesi libat urus telah berjalan semalam. Saya percaya yang kita komited nak Januari nanti (tahun depan) perlindungan ini akan bermula untuk atlet Progam Podium kita," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Hannah berkata KBS bersama MSN sedang meneliti semula skim gaji jurulatih negara dalam usaha menarik minat jurulatih tempatan termasuk yang bekerja di luar untuk kembali menabur bakti di tanah air.
"Mungkin kalau kita ada skim lebih menarik, saya percaya hati mereka akan beri keutamaan kepada negara sendiri, iaitu Malaysia...kalau tidak, kita hilang ramai jurulatih terutamanya dalam gimnastik yang berkhidmat di Singapura.
"Mereka dilatih di sini kemudian diserap ke sana. Itu yang kita tak nak, kita pastikan bakat kita di sini untuk bantu atlet Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengulangi pendirian bahawa tidak semua atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan dimasukkan dalam program Road To Gold (RTG). - Gambar fail/BERNAMA
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Hannah ulangi pendirian layak Olimpik bukan tiket masuk RTG
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengulangi pendirian bahawa tidak semua atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan dimasukkan dalam program Road To Gold (RTG).