Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan hanya 20,000 tiket dijual bagi setiap perlawanan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pada musim baru liga, Januari ini.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan tersebut sebagai langkah membendung penjualan tiket haram.
KAFA turut mengesyorkan jualan tiket bermusim bagi tempat duduk astaka dengan rekod pemilik tiket akan dipantau.
Stadium berkenaan mempunyai kapasiti penonton seramai 30,000.
Isu penjualan tiket haram oleh ‘ulat tiket’ sering menimbulkan kemarahan penyokong apabila ia dijual dengan harga berlipat kali ganda.
Ia terutama bagi perlawanan yang mendapat sambutan hangat.
KAFA juga akan melantik penyiasat dan pemantau bebas untuk memantau orang dalam yang terlibat dengan penjualan tiket selain melakukan tapisan terhadap petugas jualan tiket.
Astro Awani
Sat Dec 15 2012


PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Hanya 20k tiket akan dijual
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan hanya 20,000 tiket dijual bagi setiap perlawanan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pada musim baru liga, Januari ini.