IA adalah Lionel Messi. Cristiano Ronaldo tidak layak untuk memenangi Ballon d'Or, menurut bintang Barcelona, Neymar.
Ronaldo merupakan pilihan untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or yang akan diumumkan pada minggu hadapan selepas membantu Madrid untuk memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.
Dia juga telah membantu Portugal untuk memenangi Euro 2016, meledak 51 gol dalam semua perlawanan untuk Madrid di samping menjaringkan tiga gol dalam Kejohanan Eropah di Perancis.
Neymar, bagaimanapun, menegaskan rakan sepasukannya di Barca, dan pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi, bakal memenangi anugerah tersebut selepas melihat kelab gergasi Sepanyol itu mengekalkan kejuaraan LaLiga mereka.
"Saya tidak tahu siapa yang akan menang, bagi saya hanya ada seorang yang terbaik, iaitu Messi.
"Ronaldo adalah pemain yang hebat, dia merupakan pemain bertaraf dunia dan saya menghormatinya.
"Tetapi Messi lebih berhak untuk mendapatkannya bagi saya," ujarnya.
Musim 2016-17, Messi telah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Barcelona, dengan sembilan daripadanya dalam aksi LaLiga dan 10 dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Ronaldo pula telah menjaringkan 10 gol dalam aksi LaLiga dan meletakkan Madrid di kedudukan tertas liga tetapi hanya meledak dua gol dalam aksi di Eropah untuk musim ini.
Astro Arena
Thu Dec 08 2016

Neymar percaya Messi lebih layak untuk menerima anugerah berprestij itu. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.

Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.

Real Madrid 'no class' - Presiden LFP
Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.

"Saya hanya budak biasa"- Kata Rodri selepas menang Ballon d'Or
Rodri menjadi pemain pertama yang memenangi Ballon d'Or semasa beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Cristiano Ronaldo pada 2008.

Rodri menang Ballon d'Or
Rodri menewaskan pemain Brazil, Vinicius Jr dan pemain England, Jude Bellingham, kedua-duanya dari Real Madrid, untuk memenangi hadiah berprestij itu.

Legenda Itali Roberto Baggio cedera dirompak
Legenda Itali, Roberto Baggio cedera selepas diserang penjenayah dalam insiden rompakan di rumahnya di kawasan luar bandar berhampiran Vicenza pada Khamis.

Vinicius pilihan utama menangi Ballon d'Or - Neymar
Vinicius merupakan penjaring terbanyak Real Madrid dalam pertandingan Liga Juara-Juara kempen ini dengan enam keseluruhannya.

Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.