Hanya empat stadium telah mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam.
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Empat stadium berkenaan adalah Stadium Shah Alam di Selangor, Stadium Darul Makmur di Kuantan, Stadium Jalan Besar Singapura dan Stadium Negeri Sarawak.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama anggota Majlis JKPT bagi membincangkan perkara tersebut hujung minggu ini.
Setakat ini dua stadium sedang menjalankan kerja penambahbaikan fasiliti dan berkemungkinan beraksi pada sebelah petang.
Dua stadium itu adalah Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Stadium Perak di Ipoh.
Bagaimanapun pihak JKPT akan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa di semua stadium yang terlibat dengan saingan Liga Malaysia 2013.
Ia bagi memastikan pasukan yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Astro Awani
Tue Dec 25 2012
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

FAM akan bantu, bimbing SAFA
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) perlu melengkapkan permohonan seterusnya mendapatkan lesen kelab sekiranya pasukan utama negeri itu ingin memasang impian beraksi di Liga Super, musim depan.

Terima kasih Malaysia! Terima kasih TMJ! - FAM
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Hamidin dilantik presiden FAM ke-7
Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.

Tunku Ismail masih Presiden FAM - Hamidin
Kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai peletakan jawatan badan induk itu lebih kepada luahan kekecewaan baginda terhadap segelintir netizen.

AFC bakal umum gelanggang berkecuali dalam dua hari - Hamidin
Keputusan permohonan Malaysia agar perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali akan diketahui dalam masa dua hari lagi.

Kerajaan mempunyai hak nasihat FAM - KJ
Kerajaan Malaysia mempunyai hak menasihatkan FAM atau mana-mana persatuan sukan mengenai keselamatan sebelum menghantar pasukan kebangsaan menyertai pertandingan di luar negara.

Kerajaan tidak benarkan skuad Harimau Malaysia ke Pyongyang
Kerajaan Malaysia tidak membenarkan skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea Utara bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Cabaran sukar menanti Hamidin
Datuk Hamidin Mohd Amin akan menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad, selaku ketua sekretariat FAM yang baru berkuatkuasa 1 Julai ini.

FAM cadang adakan pertemuan dengan Khairy
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.