KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) di seluruh negara tetap berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen akan dilakukan dalam masa terdekat, acara tahunan itu dijadual dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya.
"Saya ingin tegaskan bahawa setakat ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak ada hasrat atau fikirkan langsung untuk menangguhkan HSN yang akan disambut pada 8 Okt ini. Semua negeri juga akan anjurkan HSN pada hari yang sama.
"Ada usaha ditularkan mengenai KBS akan tangguh HSN adalah tidak benar. Pada kami, sukan adalah alat perpaduan dan mesti diteruskan, di waktu kita terlalu berpolemik dengan politik saya harap HSN akan satu padukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022) di Bukit Jalil hari ini.
KBS sebelum ini dalam satu kenyataan memaklumkan antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let's Get Fit, M-Games dan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur.
HSN2022 turut melibatkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat.
HSN2021 disambut di seluruh negara secara hibrid susulan pandemik COVID-19 manakala HSN2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik tersebut.
Edisi pertama HSN pada 2015 yang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan sejumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempamerkan kemahirannya bermain sukan Teqball ketika mengunjungi Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.

Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.

PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.

Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.

Hari Sukan Negara platform terbaik perkukuh semangat, ukhuwah perpaduan - TPM Fadillah
HSN membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.

Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.

Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.