Sambutan Hari Sukan Negara 2015 yang dijadualkan berlangsung 10 Oktober ini akan dibatalkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 150.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamuluddin Abu Bakar berkata pembatalan sambutan Hari Sukan Negara yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober ini tidak melibatkan seluruh negara, sebaliknya membabitkan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
"Kementerian akan keluarkan garis panduan yang disediakan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Kita tidak boleh mengambil satu pendekatan untuk seluruh negara kerana bacaannya berbeza antara kawasan.
"Kita akan mengeluarkan nasihat kepada kesemua peserta, Sekiranya IPU itu mencecah 150, sudah pasti kita sarankan supaya dibatalkan.
"Saya harap jerebu kembali reda kerana kami mahu cuaca yang baik pada 10 Oktober nanti, tetapi ia di luar kawalan kita. Saya berharap pergerakan angin dan hujan serta cuaca akan kembali pulih," tambahnya selepas melancarkan Cabaran Larian 10 hari 10 malam anjuran Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah Universiti Malaya (UM), di sini pagi tadi.
Cabaran larian yang bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records itu disertai 96 mahasiswa UM.
Menurut Khairy, jika bacaan IPU menunjukkan pada 100 sehingga 150, pihaknya akan memberikan senarai langkah berjaga-jaga kepada semua peserta yang terlibat dalam sambutan itu.
"Walaupun kita mahu meraikan Hari Sukan Negara, tapi janganlah sampai kompromi kesihatan rakyat kita.
"Kita juga sarankan kepada mereka yang ada penyakit jantung atau masalah bernafas untuk tidak terlibat. Yang penting adalah kesihatan. Itu adalah utama," tambah Khairy.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya. Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Mariah Ahmad
Sat Oct 03 2015

KHAIRY: Kita akan mengeluarkan nasihat kepada kesemua peserta, Sekiranya IPU itu mencecah 150, sudah pasti kita sarankan supaya dibatalkan. Saya harap jerebu kembali reda. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Hari Sukan Negara batal jika IPU capai 150 - Khairy
Sambutan Hari Sukan Negara 2015 akan dibatalkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 150.