KUALA LUMPUR: Selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ketika berdepan Vietnam pada aksi tumpuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Hanoi, Selasa depan.
Pemain sayap negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata keputusan positif berdepan skuad 'Golden Star Warriors' pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu akan mencerahkan peluang Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul keseluruhan enam mata setakat ini.
Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan kerana kekalahan bukan pilihan skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Hanoi.
"Sudah tentu kita belum berada dalam zon selesa dan perlu bekerja keras, tetapi apa yang penting kita pergi ke Vietnam bukan untuk kalah. Kita pergi ke sana untuk cari mata yang kita rasakan mampu kita dapat, kalau seri pun dah bersyukur dan kita akan berjuang pada aksi terakhir.
"Kita ada enam mata dan enam jaringan tanpa bolos, saya harap kami dapat pertahankan kelebihan pasukan sekarang. Jika kita dapat buat sesuatu di Vietnam sudah tentu kita ada peluang untuk ke pusingan seterusnya," katanya selepas perlawanan kedua Kumpulan B antara Malaysia dengan Laos, semalam.
Pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, Malaysia menumpaskan Laos 5-0 dengan Mohamad Faisal yang baru diumumkan menyertai pasukan Selangor FC, meledak dua gol menerusi tandukan pada babak kedua sekali gus mengumpul keseluruhan tiga gol.
Mohamad Faisal dan penyerang Filipina Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.
Sementara itu, ketua pasukan negara Muhammad Safawi Rasid yang cemerlang membuat dua bantuan gol semalam, berkata Malaysia sudah bersedia menghadapi cabaran Vietnam yang menghuni ranking ke-96 dunia.
Meskipun ranking Vietnam lebih tinggi berbanding Malaysia di kedudukan ke-145, Muhammad Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak melihat situasi itu sebagai penghalang untuk pasukan negara mencipta kejutan.
"Dari segi fizikal dan mental kami bersedia sebab kita pergi ke Vietnam, ia akan jadi satu perlawanan yang sukar, jadi kita akan bagi segalanya...sudah tentu kita nak tiga mata untuk layak ke separuh akhir," katanya yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.
Selepas dua perlawanan, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Mohamad Faisal (gambar) dan penyerang Filipina Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan. - Facebook FAM Malaysia
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Sabah pinjamkan Joao Pedro ke kelab Vietnam
Joao Pedro meninggalkan kelab Liga Super itu tiga bulan sebelum perjanjian yang dimeterai pada Ogos lalu berakhir.

Kepengerusian Malaysia penting untuk kukuhkan kerelevanan ASEAN - Pakar
Kepimpinan Malaysia penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.

Ratu cantik Malaysia dinobat Miss Charm 2024, tewaskan peserta Australia, Vietnam
RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Harga kopi mungkin meningkat 25 peratus pada 2025 disebabkan hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam
Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam.

Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi AS$67 bilion
Vietnam meluluskan projek kereta api berkelajuan tinggi merentasi negara dengan kos dianggarkan berjumlah AS$67 bilion.