PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya mahu meneruskan momentum menumpaskan pasukan di ranking lebih tinggi apabila menentang pasukan ke-110 dunia, Tajikistan, di pentas final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Biarpun berada di ranking ke-134, skuad Harimau Malaya mengejutkan pasukan ranking ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2, Jumaat lalu, untuk mara ke final.
Sebelum itu, dalam usaha memperbaiki ranking dunia, skuad bimbingan Kim Pan Gon telah seri 2-2 dengan Syria (93) dan 1-1 dengan China (80) dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, bulan lalu.
Pemain tengah, Stuart Wilkin, berkata, selain merangkul gelaran juara Pestabola Merdeka, perlawanan menentang Tajikistan juga merupakan peluang untuk membalas dendam atas kekalah 0-3 melalui sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan pada final Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand, tahun lalu.
"Kami akan turun dengan yakin tetapi bukan dengan keyakinan terlampau. Ia sukar untuk berdepan dengan pasukan yang ranking lebih tinggi tetapi kami suka cabaran.
" Saya percaya prestasi kami telah meningkat dalam setiap kem latihan dan suka beraksi dengan pasukan-pasukan ranking lebih tinggi. Saya rasa kami sepatutnya berada di ranking lebih tinggi dan ingin membuktikannya dalam perlawanan seterusnya," katanya kepada pemberita semasa latihan di Wisma FAM, dekat sini, pada Ahad.
Apabila ditanya mengenai keadaan padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil terjejas ketika aksi menentang India Jumaat lalu, pemain berdarah kacukan Malaysia-England berusia 25 tahun itu berkata mereka bersedia untuk sebarang keadaan dan akan menggunakan kelebihan sokongan penonton tempatan untuk bermain lebih baik.
Sementara itu, pemain bek kiri, La'Vere Corbin-Ong berkata skuad Harimau Malaya di bawah bimbangan Pan Gon ingin memperagakan aksi baik dan membuktikan kebolehan kepada rakyat negara ini.
"Pertemuan kali terakhir dengan Tajikstan di Piala Raja Thai dalam keadaan hujan lebat dan mereka cukup agresif dan kuat secara fizikal. Sekarang perlawanan final di sini sama sekali berbeza.
"Semua pemain teruja dan akan memberi persembahan bertenaga untuk merangkul kejuaraan ini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Biarpun berada di ranking ke-134, skuad Harimau Malaya mengejutkan pasukan ranking ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2, Jumaat lalu, untuk mara ke final. - Gambar fail/IG FAM
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.