PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 6 dan 9 Sept ini.
Ketua jurulatihnya, Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan bagi menilai keampuhan skuad kendaliannya menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang bermula November ini.
"Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand. Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya.
"Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah sangat penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan. Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan, katanya.
Pan Gon berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.
Sebelum ini, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun kesemua aksi tersebut diadakan dalam negara.
Pada perlawanan itu, Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu pada Jun lepas.
Terdahulu, pada sesi latihan pertama tersebut menyaksikan FAM telah memanggil penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia untuk melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan.
Keputusan memanggil Azri bagi adalah bagi menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
Sementara seorang lagi pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat selepas turut disahkan mengalami kecederaan namun tiada sebarang penggantian pemain bagi mengisi tempat pemain itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan. - Gambar fail/Bernama
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.

Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.

Para SUKMA: "Adik mahu mak hidup senang" - Firdaus Fariduddin
Tiada yang lebih diinginkan oleh Firdaus Fariduddin yang meraih perak dalam acara renang Para SUKMA 2024, selain memberikan keselesaan hidup kepada ibunya, Jumabee Latiff yang telah banyak berkorban.

Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.

LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat penganjuran saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berpotensi menjadi titik perubahan bagi landskap bola sepak wanita di negara ini.

Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya
Keberadaan dan status pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.

Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan
Bermula dengan pengeluaran 100 botol secara suka-suka, kini produk sambal bilis yang diberi nama DuoBotak itu telah mencecah jualan lebih 80,000 botol sejak dilancarkan.

Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan
Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya.

Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan
Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand.

Harimau Malaya perlu 'belajar' sebelum cipta sejarah
Perlawanan di Stadium The Seven itu memberi peluang kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe menentukan kombinasi terbaik menjelang cabaran sebenar.