KUALA LUMPUR: Kunjungan skuad kebangsaan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi berakhir dengan keputusan mengecewakan, selepas tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi ini.
Gandingan penyerang prolifik Ali Mabkhout dan Fabio De Lima, masing-masing meledak dua gol untuk melengkapkan kejayaan UAE di Stadium Zabeel, Dubai, sekali gus melakar kemenangan kedua skuad 'The Whites' itu ke atas skuad kebangsaan, dalam saingan kempen kelayakan itu.
Pada aksi tersebut, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bukan sahaja melihat skuad Harimau Malaya terbaiknya yang dibarisi pemain naturalisasi dan pemain kacukan terbaru negara bergelut dengan tahap kecergasan, malah mereka gagal mencapai keserasian sepanjang 90 minit permainan.
Perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan jelas dapat dilihat, apabila skuad kebangsaan lebih pasif seawal minit pertama permainan, berbanding UAE yang tampil lebih berkeyakinan di segenap bahagian dengan menyajikan permainan tersusun.
Aksi longlai skuad kebangsaan itu dihidu UAE, untuk mencipta beberapa gerakan menarik sehingga memaksa penjaga gol Mohd Farizal Marlias bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, termasuk menepis rembatan Khalil Ibrahim pada minit ketujuh, dalam situasi satu lawan satu.
Ali yang meledak dua gol untuk membantu UAE mengatasi Malaysia 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September 2019, terus menjadi mimpi ngeri barisan pertahanan negara, apabila dengan mudah melepasi kawalan Mohd Aidil untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-19.
Malaysia setidak-tidaknya mampu mengikat keputusan pada separuh masa pertama, namun tandukan pemain naturalisasi terbaru negara Guilherme De Paula, yang tidak dirantai dalam kawasan kotak penalti jauh tersasar.
Kebuntuan dalam mencipta serangan selepas rehat memaksa Cheng Hoe membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain muda Luqman Hakim Shamsudin, namun gagal memainkan impak sebaliknya hanya Mohd Farizal terus diuji, dengan asakan bertali arus UAE.
Selepas bertindak cemerlang menyelamatkan gawang negara daripada terus dibolosi, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, akhirnya tewas kali kedua pada minit ke-83 menerusi gol De Lima, sebelum keadaan menjadi lebih parah dengan UAE berjaya menambah dua gol, di penghujung perlawanan.
Ali dan De Lima masing-masing menjaringkan gol kedua peribadi mereka pada masa kecederaan babak kedua, untuk memberikan kemenangan ketiga UAE sekali gus melonjak naik ke kedudukan ketiga saingan Kumpulan G, dengan mengumpul sembilan mata.
Sementara Malaysia jatuh ke kedudukan keempat, meskipun turut mengumpul sembilan mata bersama UAE dan Thailand (ketiga), namun hanya dipisahkan perbezaan gol.
Aksi seterusnya skuad negara dijadual bertemu Vietnam pada 11 Jun, sebelum menutup saingan kumpulan berdepan Thailand (15 Jun).
Kekalahan kepada UAE ini menyaksikan skuad negara gagal menebus maruah kekalahanan besar 0-10 dalam kunjungan terakhir Malaysia menentang UAE, pada kempen kelayakan lepas pada September 2015.
Dalam pada itu, Thailand dan Indonesia terikat 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan G, yang berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Skuad kebangsaan tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi ini. -Facebook / Football Association of Malaysia
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
AWANI 7:45 [1/2/2025] – NADMA tingkat kesiapsiagaan| Rakam keterangan sembilan saksi| Akta perhutanan negara| Periuk api depan rumah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.