KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon jelas kecewa dan mengakui anak buahnya gagal beraksi dengan baik di sebalik tekanan besar untuk memenangi Pestabola Merdeka 2023 selepas kalah 2-0 kepada Tajikistan pada final, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang meletakkan jangkaan tinggi untuk muncul juara tetapi malangnya gagal berbuat demikian.
"Kami sendiri tertekan dan juga gagal menangani tekanan daripada peminat dan juga pihak lawan," katanya pada sidang media pasca perlawanan di sini.
Katanya, beliau layak dipersalahkan dan mengambil bertanggungjawab sepenuhnya atas rentak permainan dan taktik yang dituntut terhadap pemain semasa perlawanan.
Pan Gon berkata bahawa tidak adil untuk mengkritik pemain kerana mereka telah bermain dengan baik dalam menguasai perlawanan dan bermain dengan penuh tenaga menentang pasukan di tangga ke-110 dunia.
Oleh itu, jurulatih berusia 54 tahun itu berkata kekalahan peerit kepada skuad kendalian Petar Segrt itu merupakan 'wake-up call' dan banyak perlu diusahakan untuk memperbaiki pasukan Harimau Malaya di kedudukan 134 dunia menjelang saingan Kumpulan D kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.
" Pengalaman seperti ini memang menyakitkan tetapi kita akan belajar daripada kesilapan. Akhirnya, ini bukanlah penghujung dunia," katanya.
Harimau Malaya akan menentang Kyrgyzstan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada `16 Nov ini sebelum bertandang ke tempat lawan di Taiwan pada 21 Nov.
Sementara itu, Segrt, yang sangat gembira, memberi pujian kepada disiplin pemainnya sepanjang perlawanan yang memainkan peranan penting dalam memenangi kejohanan dalam penampilan pertama mereka.
"Jadi dari pihak saya, tahniah kepada pemain-pemain hebat ini dan saya rasa seluruh negara Tajikistan terkejut. Saya rasa kita berhak mendapat kemenangan ini. Kami bermain dengan sangat jelas dan sangat teratur," katanya.
Tajikistan mencipta gol pada setiap babak melalui Soirov Rustam pada minit ke-44 dan pemain gantian, Samiev Shahrom pada minit ke-88 untuk menjuarai piala tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Ketua Jurulatih Negara Kim Pan Gon pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.