KUALA LUMPUR: Peluang skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara untuk menjejak kaki ke Piala Dunia B-17 semakin cerah apabila menamatkan kem latihan intensif selama dua minggu dengan merekodkan lima kemenangan dalam perlawanan persahabatan di Doha, Qatar baru-baru ini.
Skuad kendalian Osmera Omaro bermula cemerlang apabila menewaskan lima pasukan iaitu Al Arabia SC U17 dengan 4-2, Umm Salal SC U17 (5-0), Al Ghrafa U18 (4-1), Al Markhiyah SC U17 (7-0) dan Al Duhail SC U19 (1-0).
Bagaimanapun, skuad Harimau Muda terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 menentang Akademi Aspire U17 pada perlawanan penutup di Pusat Latihan Universiti Qatar itu sekali gus merekodkan sebanyak 21 gol dan hanya empat bolos pada keseluruhan perlawanan.
Sementara itu, Osmera menerusi kenyataan hari ini mengakui berbangga dengan prestasi, disiplin dan komitmen dipamerkan anak buah dan barisan kejurulatihan sepanjang dua minggu di Doha, Qatar.
"Saya berharap para pemain mendapat pengalaman yang bernilai untuk dibawa pulang ke tanah air sekali gus menambah baik aspek permainan di dalam dan luar padang.
"Terima kasih kepada penyokong Harimau Muda B-17 yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain muda negara," katanya.
Harimau Muda menjalani siri jelajah latihan pusat di Doha, Qatar pada 9 April hingga hari ini sebagai persiapan rapi menjelang saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand bermula 15 Jun ini.
Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A akan memulakan kempen Piala Asia B-17 berdepan Yemen pada 15 Jun, diikuti menentang tuan rumah Thailand (18 Jun) dan Laos (21 Jun).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
![Harimau Muda rakam lima kemenangan berturut-turut di Doha Harimau Muda rakam lima kemenangan berturut-turut di Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680179523_TBOsmeraOmaro.jpg)
Skuad kendalian Osmera Omaro (foto) bermula cemerlang apabila menewaskan lima pasukan iaitu Al Arabia SC U17 dengan 4-2, Umm Salal SC U17 (5-0), Al Ghrafa U18 (4-1), Al Markhiyah SC U17 (7-0) dan Al Duhail SC U19 (1-0). -Gambar fail/Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703392057_TBskuad.jpg)
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
![Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685049670_EElavarasan.jpg)
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
![Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693059517_pasukanbolasepak.jpg)
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
![Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0 Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683809859_malaysiavssingapur.jpg)
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
![Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683557616_TBSukanSea.jpg)
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
![Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut' Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648710075_PasukanPetugasPert.jpg)
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
![Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653222347_TBBOLASEPAK.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
![Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532640791_DatukOngKimSwee.jpg)
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
![Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523443224_ongkimswee.jpg)
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
![Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421475583_295x200.jpg)
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.