Pelumba negara, Mohd Harrif Salleh, yang cedera di kedua belah kaki dan tangan akibat kemalangan semalam, muncul pelumba terbaik Malaysia di peringkat ketiga kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014.
Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu menamatkan saingan di tempat ke-13 selepas perlumbaan hari ini berakhir dengan 'bunch sprint'
"Kecederaan ini tidak pulih sepenuhnya lagi... semalampun saya susah hendak tidur. Saya rasa macam tak ada tenaga lagi bila kaki dan tangan saya sakit. Peringkat ini agak panjang juga dan cuacapun panas, menyebabkan saya rasa pedih pada tempat yang cedera.
"Jurulatih sayapun terkejut bila saya beritahu yang saya nak teruskan perlumbaan. Saya simpan keazaman untuk cuba menghabiskan perlumbaan kerana saya rasa saya masih berpeluang untuk memenangi satu peringkat kali ini," katanya.
Mohd Harrif berkata pada jarak 20 kilometer terakhir beliau terpaksa bekerja bersama-sama abangnya, Mohd Zamri, untuk mencari peluang berada dalam kelompok depan.
"Kerjasama kesemua ahli pasukan banyak membantu saya untuk terus berada dalam kelompok ketika 'bunch sprint' menuju garisan penamat," katanya.
Bagaimanapun, nasib malang terus menimpa seorang lagi pelumba pecut TSG, Anuar Manan, selepas basikal yang ditunggangnya patah pada perlumbaan hari ini.
Insiden itu berlaku kira-kira 10 kilometer sebelum tiba ke garisan penamat dan beliau terpaksa menggunakan basikal gantian bagi menamatkan saingan sejauh 166.5 kilometer.
"Apa yang saya boleh katakan, saya memang kecewa kerana laluan hari ini memang memihak kepada pakar pecut tetapi saya tidak dapat buat apa-apa bila basikal saya patah. Sasaran saya hari ini adalah untuk meraih kemenangan peringkat," katanya.
Berikutan masalah itu, beliau menamatkan saingan peringkat ketiga di tempat ke-116, ketinggalan 3 minit 50 saat di belakang pemenang, Andrea Guardini dari pasukan Astana Pro Team.
Bagaimanapun, Anuar gembira Mohd Harrif yang terlibat dalam kemalangan ketika menuju garisan penamat semalam, masih mampu memberikan saingan hari ini.
Selepas menamatkan saingan peringkat ketiga, pasukan TSG muncul selaku pendahulu keseluruhan berpasukan Asia selepas mengumpul 27:44:21s dan berada di tempat kesembilan dalam kedudukan pasukan keseluruhan, hanya 1:18s di belakang pendahulu setakat ini, Team Colombia yang mengumpul 27:43:03s.
Bernama
Sun Mar 02 2014


Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.

Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.