KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C, Hassan Sazali Mohd Waras dilantik sebagai pengendali baharu Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hassan Sazali akan memulakan tugas berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menurut Mohd Saifuddin, pelantikan jurulatih berusia 56 tahun itu adalah bagi menggantikan tempat Yusri Che Lah yang mengumumkan peletakan jawatannya pada 10 Disember lepas.
Katanya, Hassan Sazali antara 11 calon ditemu duga panel pemilihan dari FAM dan MSN diketuai Timbalan Presiden FAM Datuk S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Tiga lagi ahli panel adalah Naib Presiden FAM Mohd Joehari Mohd Ayub selaku pengurus pasukan, Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin dan Ketua Cawangan Sukan Berpasukan MSN Akmal Ahmad Zainudin.
Sebagai rekod, Hassan Sazali pernah menjadi Penolong Jurulatih Skuad Harimau Muda A dan B kepada Datuk Ong Kim Swee dari 2009 hingga 2013 sebelum dilantik menjadi Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C dari 2014 hingga 2015.
Beliau kemudian menjadi Penolong Jurulatih Skuad Kebangsaan kepada Kim Swee pada 2016 hingga 2017 sebelum menjadi Ketua Jurulatih Kelab PJ Rangers yang beraksi pada saingan Piala FAM 2018.
Selepas menumpukan perhatian kepada tugasan selaku tenaga pengajar bagi kursus-kursus kejurulatihan anjuran FAM sepanjang 2019, Hassan Sazali kemudian dilantik sebagai Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) Perak pada awal 2020 sehingga kini.
Bagi menghadapi saingan Liga Premier 2022, Hassan Sazali akan dibantu Penolong Jurulatih Noor Zaidi Rohmat dan Jurulatih Penjaga Gol Hamsani Ahmad yang dikekalkan daripada barisan kejurulatihan Skuad Projek FAM-MSN musim 2021.
Skuad Projek FAM-MSN menamatkan saingan Liga Premier 2021 di tangga tercorot dengan mencatat hanya satu kemenangan, tiga seri dan 16 kekalahan dalam 20 aksi liga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
![Hassan Sazali ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN musim 2022 Hassan Sazali ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN musim 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640698789_TBHASSANSAZALI.jpg)
Hassan Sazali antara 11 calon ditemu duga panel pemilihan dari FAM dan MSN diketuai Timbalan Presiden FAM Datuk S Sivasundaram. - Foto: FAM
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski? Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738026691_hairudinomar.jpg)
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
![Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan' Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736668153_TanBinShenjpg.jpg)
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
![Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735353115_KYogendran.jpg)
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
![Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733835243_tbMartinStanojuru.jpg)
Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC
Pengendali dari Slovakia Martin Stano dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025.
![Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732447587_KimSwee.jpg)
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
![Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732414647_OngKimSwee.jpg)
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
![Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725336761_tbHarimauMalaya.jpg)
Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok
Kemampuan Vicente akan mula diukur apabila Malaysia bertemu Filipina pada aksi separuh akhir saingan Pestabola Merdeka 2024 esok.
![Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12 Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722149183_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.
![Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717236599_KetuajurulatihPers.jpg)
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
![Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713539472_TBKelantanUFC.jpg)
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.